LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 22, 2012

Meeting With Teacher

Rabu lepas we all jumpa pengetua taska ni. Ala-ala macam hari terbuka masa kat sekolah dulu lah kan...


Ye anak baru 3 tahun dah ada meeting-meeting bagai dengan teacher. Rasanya setakat ni kami macam tak salah memilih taska buat anak kami yang baru berusia 3 tahun tu ye.


We all masukkan Rayyan Adam kat sini Januari lepas. So sekarang hampir 9 bulan beliau bercampur gaul dengan kawan-kawan kat sekolah. Bukan sekolah betul pun... 


Now teacher nak jumpa lah mak bapak nak tahu jugak apa mak bapaknya punya komen pasal anaknya ni. Ada perubahan ke tak. Pandai ke tak. Ke sama je...


Mestilah ada perubahan. Rayyan Adam yang dulunya seorang yang tak nak berkawan, sekarang kalau jumpa budak baya-baya dia ok je dia nak bermain. Kalau dulu dia memang anti sosial.


Mula-mula hantar sekolah dulu, bukan main melalak lagi. Kalau mak nya ni nak lepas kan dia kat teacher, bukan main tarik baju kita semua. Tudung pun nak tercabut tau. Tapi sekarang drama-drama tu semua dah tak de dah. Kejap je u alls drama tu.


Serius, dulu kami tak caya tau teacher dia kata, tak pe puan... Kejap je dia macam ni. Nanti dia dah biasa ok je. Eh betul la. Dalam 3 bulan je dia dah ok. Dah keje diorg kan. Tahu la diorg nak handle budak-budak yang macam ni.



Then, soal disiplin... Rayyan Adam memang ada la disiplin dia sendiri. Contoh kalau hari cuti. Masa minum susu, dia akan masuk bilik baring kat tempat dia. Waimah dia tengah tengok cerita kartun masa tu. Sanggup je dia pergi baring kat bilik semata-mata nak lepaskan gian susu sebotol.



Tu semua kelebihan dia kat sekolah. Ada jugak lagi kurang nya. Contoh bab malu. Ya Allah budak ni memang pemalu tau. Dulu kitorg ingat dia ni takut dengan orang yang dia tak kenal. Tapi rasanya ni bukan takut. Report card dia pun cikgu komen dia ni pemalu. So, yang ni kena minta bantuan his teachers macam mana nak hilangkan kemaluan dia ni.


Rupanya, diorg dah ada plan. Rayyan Adam ni walaupun pemalu, tapi dia ada bakat terpendam. Dai suka berjoget dengan kawan-kawan dia. Kat sekolah memang la dia tak malu. Cuma ada certain part bila teacher tegur dia, dia akan tutup muka dengan tangan or sorokkan muka dia belakang kawan-kawan dia. Masa ni nasib lah siapa yang ada kat sebelah masa tu.


So, bulan 10 ni dia layak meyertai konsert akhir tahun kat mana tu lupa pulak saya nak  tanya. Tapi nanti masa konsert tu dia akan menari dengan group-group dia la. Ikut kan dia baru je 3 tahun kan. Yang saya tahu, kat sekolah dia ni budak yang umur 4 tahun baru start ada konsert bagai ni.


Cikgu pun bagi tahu la sebab nya... Sebabnya Rayyan Adam ni ada bakat. So diorang nak naikkan keyakinan kat budak ni supaya tak malu depan audience.


Satu lagi yang menjadi kerisauan kami laki bini telah pun kami ajukan kepada cikgu dia. Kitorg minta kerjasama pihak sekolah untuk ajar potty training untuk anak kami. Memang kami ada ajar. Tapi macam tak berkesan sangat sebab dia manja dengan kami. Dia ok je kencing or berak kat toilet. Tapi dia tetap nak pakai pampers.


Ni pun anak sulung la katakan. Tak de orang tua yang bantu kami waktu ni ajar dia lepas dari pampers. Mak saya pun kat kampung dah. So memang 100% semua kami buat sendiri.


Ye la ye la.... Awak-awak pun buat sendiri jugak and berjaya tak kecoh pun. Tapi kan dah kata... Ni belog saya.... Suka hati lah saya nak kecoh kat sini. Tak kacau belog awak pun..



Eh tapi kenapa ek we all nak hantar si kecik ni ke sekolah jugak. Walhal kan saya dah berenti keje. Of cos la ada full time nak jaga dia. Mestilah ada sebab kan...


Sebab paling utama ialah nak ajar dia cara bersosial. tanya lah sesiapa yang selalu jumpa dia. Memang tahap kemaluan dia sangat tinggi... Kat sekolah pun dia makin berdisiplin kan....


Dan betullah kata teacher dia. Betapa pentingnya pendidikan dari awal lagi. So, mana yang mampu kami buat kami akan buat. Apa pun memang kami or sesiapa pun mahu yang terbaik untuk anak mereka. Dan ingat.. Apa pun yang anak kita buat, kita mesti bantu dan sokong supaya mereka tak terbabas.



* Kami jumpa pengetua taska ni. Ada jugak cadangan kami yang kami usulkan untuk tambahbaik taska ni. Kalau kata benda ni dah jalan saya story mory lagi ye kat sini. Da....


1 comment:

Alin Marlini said...

budak2 sekarang umur 3 tahun pun dah nak ke sekolah