Sebelum Ramadhan berakhir nak jugak cerita hal bersahur untuk kali ni. Walaupun cerita pasal sahur, tapi tiada gambar makanan sahur di sini. Hanya nak menulis sahaja tentang sesuatu rasa.
Ini Ramadhan pertama saya fully berada di sisi suami dan anak sepenuhnya setiap hari. Tak pernah berpisah pun. Boleh dikatakan saya berbangga dengan pencapaian diri sendir bilamana saya mampu menyediakan juadah berbuka dan bersahur.
Cerita pasal sahur... Saya ni dahulu orangnya dah lama tak bangun sahur. Seingat-ingat saya kalau bersahur yang penuh sepanjang Ramadhan masa sekolah rendah. Bila dah naik menengah, dah mula berat dah. Skip-skip je. Sampai la duduk rumah sewa. Bangun tu bangun jugak. Cuma banyaknya tak bangun.
Bila dah kahwin ni cabaran utama saya masa berpuasa ialah untuk bangun sahur. Kita ni dah la memang malas nk bangun. Malas makan. Ini kan pula nak sediakan makanan semua tu untuk suami. Cabaran ok.
Suami saya seorang yang wajib bangun sahur. Saya rasa macam berat sangat tanggungjawab ni tau...
Benarlah kata orang. Perkahwinan sedikit sebanyak akan merubah diri seseorang tu. Sama macam saya. Kali ni saya tak pernah tak bangun untuk sediakan juadah sahur untuk suami. Even masa saya tak puasa pun saya tetap bangun. Sediakan air panas semua. Lauk semua panas-panaskan je la.
Bila dah hampir sebulan, saya dah rasa selesa. Dah tak rasa berat dah. Alhamdulilah.
Satu pencapaian yang saya rasa saya perlu kenang untuk diri sendiri....
Percayalah... Saya memang orang yang malas. Belum kahwin asyik kena marah dengan mak sebab malas nak buat kerja rumah. Malas kemas. Malas masak. Tidurrrrr je kerjanya....
Dan sekrang dengan perkahwinan yang ada ni, saya sedikit sebanyak telah berubah ke arah yang lebih baik dari dulu
2 comments:
sama je mcm ct.... rasanya ramadhan kali ni lagi membuatkan hidup ni teratur...segala urusan rumah dpt selesai tanpa bertangguh.... sbb sjak puasa tido mesti pukul 10 dan bngun kul 4.30 terus kemas2 rumah & pergi kerja... jadi umah sentiasa kemas jerr =)
selamat hari raya!
Post a Comment