LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aug 13, 2012

Gatal-Gatal

Badan Rayyan Adam tiba-tiba tumbuh bintat besar-besar. Kita tengok macam gatal. So, Jumaat lepas saya cuti sebab panik tengok badan dia penuh dengan bintat besar-besar tu.



Terus pergi klinik. Doktor tanya malam tadi makan apa. Puas saya fikir. Mana ada makan bukan-bukan. Suami teringat yang malam tadi kami berbuka di Hotel Bayview. Rayyan Adam sedap melantak keropok keping. Tapi sebelum ni dia ok je. Ye lah, benda nak buat sebab...



Oh doktor kata ini bukan la penyakit kulit. Sebab dia bukan selalu kena. Dan ikutkan masa saya kecik-kecik saya pun selalu kena macam ni. Malah adik beradik pun selalu kena. Jadi tidak la saya terlalu panik. Ada gak suara sumbang kata, ha tu lah kau... Mengandung dulu suka sangat minum air soya. Tengok sekarang kulit anak dah rosak.



Alahai... Minum soya tu berapa teguk sangat. Anak saya putih bukan 100% sebab saya suka minum soya pun. Faktor genetik ok. Percayalah... Abang saya putih. Abah putih. Anak-anak sedara saya ramai yang color macam Rayyan Adam. Kalau ahli keluarga tak la pelik kulit anak saya putih. Orang luar memang akan pelik sebab saya dan suami hitam. 


Lepas pergi klinik, we all pergi senseh pulak. Cina tu kata, kalau ikut tabib cina, Rayyan Adam bukan sakit kulit. Seee?? Tapi bintat-bintat ni keluar sebab badan dia lemah. Kalau boleh jangan kena angin. Tapi memang betul tau. Kalau dia gatal, mesti la dia dah garuk. Ni muka dia selamba gila. Macam takde apa-apa



Yup. Masa saya kecik-kecik dulu pun kalau kena memang mak tk bagi kena nagin. Eh mandi pun tak boleh tau. Berlengas je badan...



Oh ye, Sebelum tu saya buat macam mana mak pernah buat kat badan saya dulu. Saya sapu tempat yang bintat tu dengan bawang putih. Getah dari bawang putih katanya mujarab untuk matikan kuman gatal tu.



Macam yang saya cakap tadi. Ikutkan saya ok-ok je. Tak nak risau sangat sebab nanti saya migrain. Cuba bertenang. Suami pulak yang tak ok... Dia punya risau bukan main.
 




So we all cari ikhtiar lain la jugak. Suami ajak pergi Masjid Kampung Hulu. Nak mandikan Rayyan Adam guna air kolah MAsjid Kampung Hulu. Dengan niat supaya air tu jadi penawar untuk si kecik ni. Orang Melaka memang suka pergi masjid ni tau. Saya dah lama tahu. Cuma tak pernah praktikkan nya. Nanti saya cerita detail pasal masjid ni.



Suasana dalam masjid ni sayup je.. Walaupun berada di celah-celah kesibukan deretean kedai dan jalan raya. Lepas tu ada la beberapa orang tegur bertanya badan Rayyan Adam, Serius saya rasa terharu gila bila orang doa kan yang baik-baik untuk kesihatan anak saya. We all sembahyang zohor di sini






Selain dari tu suami saya cari daun bambu. Daun bambu ni dipercayai boleh hilangkan gatal-gatal dan miang-miang kat tubuh badan yang gatal. Daunnya direbus dan mandi la guna air rebusan tu. Daun bambu ni biasa boleh didapati di kuil India. Kena rajin tanya kawan-kawan India. Tapi orang Melaka kalau nak tahu, port paling senang nak dapat stok daun bambu ni kat Hospital Melaka. Ada banyak pokok bambu kat area parking wad lama belah bawah tu. Suami saya amik kat situ la.



So kawan-kawan... Doakan anak saya sihat ye. Ni pun dah ok dah. Hari ni dah masuk hari ke 4. Nampak nya dah susut dah sume bintat-bintat tu. Don't worry ye. Penyakit ni tak berjangkit....

6 comments:

Me, Myself and I said...

As..yg tu sebab allergic. Anak akak yg bongsu tu pernah kene mcm tu sbb makan keropok udang. Biasanya lepas doktor bagi jab antibiotik, dlm 10-15 minit bintat tu akan hilang. Doktor akan tanya dulu samada anak alah pada ubat atau tidak. Kalau serasi..akan baik cepat.

Ztee_Azwanis said...

semoga cpt cembuh ye adam. nk raya dhni.... mama die jgn panik2... insya allah tkde pape... :)

Wanabe PJ said...

ni kes kna kelopak garam @ gegata la ni..yg kasi garu n kena angin..kasi sapu kapur+garam..tapi pedih ckitla anak ko..lg 1 leh try guna kunyit..sapu satu bdn..pas tue kasi selimut..aku dlu guna 2 teknik ni jek..sok hilang..

Wanabe PJ said...

*jgn kasi garu n kena angin

Mummy Sher said...

Alah kesianya dia. semoga cepat sembuh ya sayang!

Unknown said...

allergic..ammar pon xleh makan kopok yg gatal2..abes merah mulut die..huhu..

semoga cepat sembuh sayang!