LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 19, 2012

Kambing Bakar Tempayaki Batu Berendam

Jumaat lepas mengambil kesempatan ber lunch bersama suami tercinta.


Meround la kat area Batu Berendam. Suami park motor kat kedai Coconut Shake yang sedap tu. Rupanya kat sebelah nya tu ada satu kedai Melayu jual Nasi Kambing Panggang. 


Kedai nya tepi jalan je. Kambing nya dibakar pun kat tepi jalan je. Oh ayam nya dibakar dalam tempayan tau. Unik la kan menu dia.


Saya order set Nasi Kambing Bakar Tempayaki + Air Barli = RM 12
Suami order set Nasi Ayam Bakar + Air Barli = RM 6


Nasi Ayam Bakar



Nasi Kambing Bakar Tempayaki



Air Barli Ais




Lokasi : Betul-betul bersebelahan dengan kedai coconut shake Batu Berendam

Owner : 100 % Melayu bukan Arab


Komen positif : Sedap wei!!! Serius sedap. Ayam sedap. Kambing pun sedap. Sos dia semua sedap. Sos lada hitam. Sos cili semua sedap. Harga pun mampu beli la...


Komen negatif : Ni kalau tuan punya kedai baca boleh la baca like komen membina ye. Nasi nya sikit la. Suami saya yang tak kuat makan pun kata tak cukup untuk tampung perut dia. Kuantiti lauk semua ok. Memadai. Tapi nasi sikit. Kuantiti nasi kena la memadai dengan harga dan lokasi. Lokasi pun bukan ada air cond pun. Tepi jalan je kot.



So orang Melaka... Sila-sila la cuba kedai ni. Pasti anda tak menyesal. Pesanan free dari saya. Huhuhuhu. SEDAP!!!!


3 comments:

pena rozie said...

sedap3...

Unknown said...

nak cuba..nak cuba!!! syok dah ada kawan dok melaka ni...selama ni akak selalu t'cari2 tempat makan yg best kat area melaka...

selalu lalu kat depan coconut shake ni bila pi mydin mall tp x penah singgah plak....

ari sabtu ni blh p try lah....

thanks asfa.... :)

Unknown said...

pr : haah sedap...

kak lia : coconut shake kat sini lebih sedap kak berbanding yg kat klebang tu. klebang tu saya tak nk g dah. huhuhuhu

lepas ni boleh la try nasi kambing bakar tempayaki ni plak kak. cuma kalau sampai ptg, alamat nya tinggal rangka je la. huhuhu