Ye puan-puan. Balasan untuk isteri itu ialah saya. Huhuhu
Nak dijadikan cerita, semalam tiba-tiba je saya terbau busuk. Ni tengah baring ni. Suami membelakangkan saya sebab tengah tepuk anak dia nak tidur
Sah!!! Ni bau kentut!!!! Cis!!!
Hangin puting beliung aku pun sampai la kan. Tak semena-mena kena kentut laki sendiri. Amekawwww!!!
Mulut beserta tangan laju jalankan tugas. Bebel-bebel sambil tangan mencubit suami.
Tiba-tiba tangan terus simpul biawak (ni bahasa orang Johor = terseliuh). Mak aiiii!!! Cramp terus. Sakit woooo!!!
Suami cakap, ha tu lah. Tu balasan sebab cubit abang. Cubit suami. Kan dah kena. Bergelak-gelak laki bini. Kelakar. Dah la kena serang hendap dengan bau kentut dia. Lepas tu tangan kita kena simpul biawak. Hai la nasib jadi bini ni.
Lepas ni pasrah je la kalau kena tembak lagi dengan kentut suami. Bajet harum sundal malam lah gamak nya
2 comments:
alahai.,...sabor ajelah...
zaidah : huhuhu
Post a Comment