LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dec 14, 2010

Kucing Jiran Sebelah Rumah

Jiran sebelah rumah bercuti. Katanya pergi Penang. Tak kisah lah tu kan. Yang dikisahkan bilamana kucing-kucing belaannya bersepah-sepah tanpa tuan. Adui mak ai.



Mula-mula tengok anak jiran yang lain dok depan rumah si tuan kucing ni. Budak-budak tu tegur suami. Cakap, pakcik kita bagi kucing tu makan. Tuan nya tak de. Suami pun layan la bla bla bla. Saya memang tak amik port hal-hal mengenai kucing. Siapa-siapa yang kenal saya tahu lah betapa penakutnya saya dengan kucing.



Then, tengok-tengok kucing-kucing tu dah berkeliaran depan pintu rumah saya. Hey hey hey!!! Kalau sekor dua tak pe la sayang. Ni berekor-ekor. Memang lah semua bersih. Tapi kan dah kata saya takut kucing. Terjerit-jerit suruh suami halau.



Ni kalau kau berak depan rumah aku memang siap lah tuan kau. Balik dari Penang tak bagi aku buah pala siap. Cantik lah muka korg semua nak bermanja dengan aku. Sorry la sayang. I memang tak boleh bagi kasih sayang kat benda berbulu kecuali suami ai je.



Paling bengang bila nak start enjin kereta. Walawei... Saya ni bukan apa. Takut terlenyek je haiwan peliharaan jiran saya ni. Nak halau kalau sekor tak pe. Ni sampai 3-4 ekor dok bawah kereta. Kita ni dah lah penakut. Suami tak de time tu. Nak tak nak terpaksa lah baling dengan batu. Tapi batu kecik-kecik je tau. Tu pun saya takut kucing tu terjah saya balik. Buat nya dia cakar. Tak ke naya.



Dah tu dah la kan. Yang dok bertenggek atas bumbung kereta pulak pun ada jugak. Alahai... Tuan puan jiran saya. Sila lah cepat balik. Haiwan-haiwan peliharaan anda sudah tidak keruan. Walaupun saya tahu jiran saya tak baca blog ni sebab kami tak berkawan kat fb. Tapi kot-kot kalau ada sedara mara jiran saya tu baca. Tolong lah sampai kan pesanan khidmat masyarakat ini. Sekian terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

as.. kalau gitu mmg awk & fmily wajib bagi diorg mkn ... sian diorg tu ... x pun now ambik sume bwk masuk dlm sangkar ... jgn ler sangkar kecik cz diorg ramai kan ..

x pun time korg x dak tu letak dlm sangkar time ptg bwk kuor cz diorg mmg akan kene jln2 , berak ..buang air.. pehtu jgn lupe bg mkn .. dpt pahala tau .. kucing kan binatang keygan Rasul kite..

cm zr le, kwn siap kasi 3 ekor , even kt umh dh melambak2.. tp x smp ati nk ior cz kwn nak pindh negeri .. x leh nk bwk kucing .. kang mati.. memula mama ku bising cz busuk , tp kalau kite kasi dia mkn, minum .. ajar dia berak tmpt tertentu diorg pandai ler.. now weekend je , mandikan , bersihkn kandng ..so xde le busuk ..

cmner awk leh takut dgn binatang comel tu ???

Unknown said...

zura : i dont think i can do that. serius. as mmg takut kucing. family sume tahu. as akan jerit mcm org gila kalau ada yg dengki nak bagi dekat kucing tu. dh pernah cuba nk manja2. hahahhaha.. tapi mmg tak boleh. bukan tak suka. tapi takut. mcm trauma ke fobia ke. ha mcm tu la. tapi mmg takut