LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sep 30, 2010

Management KFC Yang Hancus

Sila tahu baru kejap tadi saya cakap nak buat besday party Rayyan Adam kat KFC. Makluman memang tahu la ye majlis nya di Melaka. So, di Melaka tak banyak choice nak buat kat mana. Kena buat tempat yang memang ada provide besday party. Saya ni, kalau la rumah yang saya sewa tu besar tak pe. Boleh je nak buat kat rumah. Ni 2 keluarga pun dah penuh, macam mana nak masuk 10 keluarga. 1 keluarga 6 anak. Ha bayangkan. 



Ni menaip ni tangan sejuk ni. Sejuk marah. Kan dah kata semalam pergi booking segala bagai. Tup tup ni ha kerja tengah berlambak. Nak kena siap kan minggu depan. Nak kejar time line, staff kfc tu call. 


Hello puan, kami minta maaf. Nanti masa party tu berlangsung game terpaksa dibatalkan sebab staff yang handle game ni excident, patah kaki.



Demmmmmmm!!!! Ha kan aku dah mencarut. Wei ini bukan masalah aku okey. Aku nak apa yang aku order dalam pakej. Tak payah call aku cakap tak de. Tu kau punya hal kena cari pengganti. Siap kata takut yang ganti nanti tak pandai nak uruskan acara. Woiiii tu jugak bukan masalah aku. 



Soalnya sekarang aku bayar pakai duit. Aku tahu aku buat tak de lah grand macam orang lain siap upah-upah orang as party planner. Tapi aku tetap bayar pakai duit. Bukan air liur. Bukan main taram je. Aku client okey. Customer always right. 



Ni satu lagi. Suka hati mak bapak dia je kan nak kata, kak hadiah kita tak tahu sama ada, ada atau tak. Beb kau salah orang la beb cakap dengan siapa. Aku tak pedulikkkkk. Aku tahu aku nak ikut apa yang aku bayar. Ada ke tak de aku nak ikut apa yang bayar. Kau cakap kau akan cuba kan. Huhuhuhu.... Aku jawab jangan cuba. Aku nak!!!!



Ni saya marah bukan lah dengan semua staff kfc. Saya marah dengan orang yang manage party ni. Macam tak pernah di training pulak macam mana nak handle problem yang kecik-kecik macam ni. Ni semua bukan masalah client. Tak payah nak call client cakap ada masalah tu, masalah ni. Ni semua korang punya internal problem. 




Pls la... Compny ni compny besar. Jangan cacat celakan benda kecik macam ni. Aku kalau tak puas hati lagi boleh je nak naikkan nama korang kat top management. Profesional la sikit handle client. NI baru aku. Kalau kau kena dengan datuk-datuk yang berpangkat. Silap hari bulan hilang punca pencarian kau kena pecat.



Siapa-siapa tak tahu boleh refer pekej yang ditawarkan kat sini


Birthday Party


Birthday party Rayyan Adam insyallah akan dilangsungkan 9 Oktober ni tarikh due sebenar dia dulu. Semalam pergi setel urusan membooking. Selamat semua sampai masa tiba. Jemputan semua hanya ahli keluarga terdekat je yek.



Ada gak mulut-mulut yang cakap, anak baru sorang... Memang macam ni. Exited. Buat tu, buat ni. Saya tak  tahu la nak komen apa. Sebab anak saya memang baru sorang. Alhamdulilah, ada rezeki nak buat macam-macam untuk anak yang sorang ni. Dan saya juga berharap ada juga rezeki lebih lagi untuk anak-anak saya yang seterusnya. 



Insyaallah saya takkan berbelah bahagi untuk setiap anak yang Tuahn beri pada saya. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk anak-anak saya kelak.

1 Years Old

Gambar terkini 1 years old - 29.09.2010


  • Panjat sofa - Turun sofa
 
  • Panjat sofa - Turun sofa 
 
  • Panjat sofa - Turun sofa
 
  • Berlari
 
  • 6 Batang gigi. 4 Atas 2 Bawah
 
  • Mengemas
 
  • Masih makan bubur sebab dia pemalas nak gigit makanan. Selalu je carrot terkeluar sekali kat najis nya. Makan main telan je ni la jadi nya
 
  • Menggigit. Kes ni kalau dia tak puas hati. Nak-nak kalau saya dukung baby lain. Mak kata dia ni pantang nampak daging daging manusia, nganga je mulutnya
 
  • Jeles. Macam saya cakap tadi. Jeles kalau mama dengan ayahnya dukung baby lain
 
  • Pandai menyebut dah. Tapi tak jelas or sebenarnya itu bahasa dia. Contoh tata
 
  • Kalau kita pegang cawan, dia tahu itu minuman. So, serta merta dia akan nganga mulut bajet nak masuk mulut dia. Selalunya saya tak bagi kecuali air masak
 
  • Bila hulur tangan, sudah tahu itu tandanya kita nak dukung. So, dia akan hulur tangan jugak
 
  • Pandai bye bye. Tapi selalunya malas
 
  • Kalau kita tepuk bantal cakap bam bam, dia akan terus layangkan kepala dia tak kira la atas tilam or lantai. Huhuhu... Janji kepala dia baring. Tapi lepas tu bangun balik. Kejap je bammmm...

Sep 29, 2010

29.09.2010 - Happy Birthday Rayyan Adam



Today our son officially one years old. Happy birthday my dear. Mama and ayah love you forever and ever. Semoga Rayyan Adam dipermudahkan urusan hidupnya. Rayyan Adam menjadi anak yang baik dan soleh. Rayyan Adam menjadi tauladan yang berguna untuk adik-adiknya kelak seperti makna namanya. Semoga Tuhan memberi rahmat yang sempurna buat Rayyan Adam. Amin. Mama dan ayah akan sentiasa doa yang terbaik buat anak sulung kami. Apatah lagi doa seorang ibu yang pasti akan dimakbulkan Tuhan.





Tiada perkara yang terindah selain memiliki diri mu sayang. Bahagia kan lah kami dan keluarga kita. Warna kan lah kehidupan kita sekeluarga, Sesungguhnya Rayyan Adam penguat ikatan cinta mama dan ayah.

Sep 28, 2010

Asfaloza


Tengah gelak guling-guling atas tanah tengok nama asfaloza. Ada ke orang search asfaloza. Ha siapa la yang search nama ni. Kahkahkahkahkah. Gelak lagi. Okey okey faham. Maybe typing error. Huruf o kan terletak sebelah i. Nak taip i. Tertaip oooooooooooooooooo.... Cepat ngaku siapa yang salah taip ni.

Esok 29.09.10

Anak mama sayang... Esok 29.09.10. Genap setahun si hensem ni. Sekejap je mama rasa masa berlalu. Sekejap je mama rasa mama pernah mandikan baby yang lembik. Yang tak kuat. Sekejap je mama rasa anak mama ni membesar bagaikan juara.



Sayang tahu tak, setahun yang lalu. Mama risau bila lah baby nak lahir. Cuti raya dah nak habis. Memang la ikut kan tarikh belum tiba. Cuma tengah tunggu hari. Tapi sayang ingat tak. Dulu masa dalam perut mama, kita kan duduk jauh dari ayah. So, bila ayah ada dengan kita, mama selalu cakap dengan sayang, kalau nak keluar tunggu ayah ada dengan kita.




Then, ayah bawa mama pergi jumpa bidan kat kampung ayah. Bidan tu lenggang perut mama guna kain sembahyang. Mama seram okey. Bidan baca apa yang patut. Then bidan bagi mama air selusuh. Hmmm... Mama takut nak minum. Sebab sepupu mama nurse dah pesan sia-siap jangan minum air selusuh. Kebetulan ada jiran ayah bagi mama akar Siti Fatimah. Petang tu jugak mama rendam. Mana lah tahu membantu. Semuanya kuasa Tuhan sayang.




Esoknya 29.09.09 pagi-pagi ayah balik kerja hantar mama pergi klinik. Mama MC. Balik dari klinik mama teringin nak minum air kelapa. Ayah beli 3 biji. Ayah nak kopek. Suruh mama terus minum. Mama kata nanti. Mama nak tidur dulu. Sebelum tidur, ayah sapu air selusuh yang bidan bagi tu kat perut dan kepala mama. Nak minum mama takut sebab dia campur dengan minyak kelapa. Mama minum sikit air akar Siti Fatimah yang mama rendam tu. Yang ni mama jamin bersih sebab sebelum rendam mama cuci dulu. Mama rendam dengan air panas.



Tengah hari dalam pukul 1 mama bangun nak makan. Mama lapar. Pergi toilet tengok-tengok ada darah keluar. Terus kejut ayah. Terus call Mak Uda. Mama dah berdebar-debar. Ayah pun. Ni lah masa nya sayang nak keluar lihat dunia. Terus mama lupa air kelapa yang ayah dah beli tadi. Sebab tu anak mama sampai sekarang masih lagi meleleh air liur. Maafkan mama sayang. Mama panik masa tu.



Sepanjang perjalanan ke hospital, mama tak putus minta ampun dan maaf dari ayah. Mama tak nak ada sebarang masalah masa proses melahirkan. Mama takut banyak dosa dengan ayah. Mama takut tak sempat minta maaf dengan ayah kalau-kalau masa lahirkan sayang ajal mama tak panjang.



Banyak kali doktor cek jantung sayang. Macam tak normal. Rupanya tali pusat dah terbelit kat leher sayang. Sebelah tangan Adam pun sibuk picit tali pusat. Macam mana sayang nak bernafas dengan baik. Patut lah sampai sekarang tangan Rayyan Adam kuat mencengkam. Tangan dia kuat sangat kalau pegang apa-apa. Sejak dari dalam perut lagi dah tunjuk bakat.



Doktor decide kalau sampai pukul 12 malam jalan tak terbukak, perut mama kena belah. Hmmm sekali lagi mama pergi minta ampun dengan ayah. Mama call nenek sedih-sedih minta maaf. Mama takut. Nasib kita baik sayang. Jalan terbukak dengan cantik. Mama pun bertenaga nak teran. Cuma mama tak pandai teran. Kepala sayang tersangkut lama. Sebab tu kepala sayang macam benjol sebelah. Mula-mula dulu ramai tanya kenapa kepala anak mama benjol. Nasib baik sekarang dah tak de benjol tu. Mama rajin gosok masa mandikan sayang. 






Alhamdulilah. Rayyan Adam anak yang dengar cakap. Dia tahu mama dengan ayah belum ada rezeki duduk sebumbung. Sikit pun sepanjang kandungan dia tak susahkan mama dan ayah. Even sekarang pun, dia tahu jaga diri. Mama bangga dengan Rayyan Adam. Dia tak susahkan siapa-siapa yang jaga dia.



Saat mama baut entry ni, mama terlalu rindukan sayang. Mama nangis sayang. Mama gembira anak mama membesar dengan sempurna. Mama bangga anak mama tak banyak ragam, tak banyak karenah, tak banyak susahkan orang. Ni realiti. Tanya la siapa-siapa yang pernah jaga Rayyan Adam. Tanyalah siapa-siapa yang pernah jumpa Rayyan Adam. Rayyan Adam sangat baik. Beliau tak nangis sesuka hati kecuali ngantuk, penat dan paling teruk time haus. Sakit pun dia merengek kejep je. Dia makan pujuk.




I love u so much sayang. Mama syukur keluarga kita bahagia. Mama syukur dapat suami macam ayah. Mama syukur ayah sayang kita berdua sayang. Mama syukur ayah jaga kita berdua dengan baik sayang. Ingat ye sayang. Dah besar nanti jaga keluarga kita. Jaga mama. Jaga ayah. Jaga adik-adik. Jaga nenek. Jaga semua orang. Mama tahu Rayyan Adam memang anak yang sempurna dan Tuhan telah janjikan yang terbaik buat Rayyan Adam. Sebab tu lah takdir Tuhan menjadikan Rayyan Adam anak sulung mama dengan ayah. Rayyan Adam pasti bertanggungjawab untuk keluarga kami.




P/S : Disebabkan Rayyan Adam anak sulung lelaki, nanti besar kalau kawen cakap kat menantu mama tiap-tiap tahun raya rumah mama dengan ayah tau. Hahahaha!!! Gila tamak.

Cepat Sembuh Ye Fatiha

Ini cerita last week. Cik HR aka Cik Fatiha tiba-tiba sakit kaki kat ofis. Tak boleh gerak. Tak boleh tegak kaki nya. Tak boleh buat apa. Kesian dia nangis je. Alalalalala...Cepat sembuh ye sayang.



So, nak tak nak terpaksalah angkat beliau dari tingkat 3. Mula-mula saya bagi cadangan call Jabatan Pertahanan Awam or PBSM. Hahahaha. Mantap tak idea aku. Ada yang tanya, mana kau tahu. Ha nak tahu mana saya tahu. Siapa selalu tengok cerita Emergency kat TV9???? Dulu-dulu setiap hari Khamis pukul 9.30 malam. Sekarang tak tahu pulak. Ilmu tu tau cerita tu. Semuanya kisah benar. Semuanya kes emergency. Macam kes Fatiha ni lah.



Tapi dek kerana takut semua-semua tu datang lambat ater pesakit dah tak keruan. Jalan kat KL ni bukan boleh percaya jem nya. Lelaki-lelaki gagah kat ofis angkat lah beliau beramai-ramai. Lepas tu saya dan Filah bawa ke klinik. Sampai klinik pun tak boleh belah, terus hantar ke Colombia Asia Hospital kat Puchong. Pendek kata kalau tengok balik CCTV kat ofis, saya boleh jadi macam ahli PBSM lah. Cewah. Teringat masa kat sekolah dulu jadi ahli kelab PBSM.



Ni layan je la gambar sebelah malam setelah segala urusan selesai. Nak amik gambar masa ramai-ramai angkat macam tak sampai hati. Keadaan tengah genting kang ada aku kena penampar sulung suka-suka amik gambar. Hahahaha!!!





Sep 27, 2010

BE Pertama


Gila jakun baru dapat BE pertama dalam sejarah hidup register jadi ahli Nuffnang. Tuah out station ke JB kot ni. Tuah oh tuah. Datang lah lagi macam-macam. Jangan setakat BE je tuah kau bagi kat aku. Aku nak tuah lain. Aku nak tuah duduk sebumbung dengan suami dan anak aku. Okey dah merepek. Daaaa

Family Outdoor Portraiture

Sempena besday Rayyan Adam 29.09.10 Rabu ni. Mama dan ayah hadiahkan Family Outdoor Portraiture untuk ulangtahun tanda cinta hati kami berdua. Shoot kami buat hari Ahad semalam 26.09.10. 3 Hari awal dari hari sebenar. Ater mak ayah nya keje. Terpaksalah buat hari cuti yang dekat-dekat tarikh.



Sejak May lagi saya dah start survey-survey mana photographer yang cantik gambarnya dan berbaloi-baloi harga nya. Akhirnya Filah ofismate suggest Digital Syndicate. Saya ni bukan lah orang yang pandai nak nilai-nilai gambar macam mana edit ke apa ke. Janji nampak cantik. Layannnnn...



So, semalam Hairi dan jugak Raja Nazrin macam nama raja Perak sampai Melaka seperti yang dijanjikan. Kami pilih sebelah pagi sebab cuaca kat Melaka kebelakangan ni hujan. Kesian Rayyan Adam pagi-pagi mama dah kejut sebab ada keje model sambilan kejap.



Nasib la cuaca cantik je. Shoot start dalam pukul 9 lebih. Rayyan Adam budak baik. Dia tak banyak karenah. Tu memang kami dah jangka awal sebab Rayyan Adam bukan jenis yang melalak tak tentu pasal. Cumanya susah sangat nak suruh dia senyum. Lebih kurang dekat pukul 12 matahari dah start naik. Rayyan Adam pun dah mula bosan. Tempat pun dah banyak amik, then kami decide nak stop je.



Sebenarnya nak cerita banyak perihal photo shoot ni. Tapi nanti-nantilah. Ni nak kasi layan dulu gambar yang dah diupload kat fb. Saya copy paste jek. Yang sebenarnya tentu-tentulah belum terima. Kata baru semalam shoot nya. Servis Hairi dengan Raja Nazrin sangat best. Sampai terbaring-baring dibuatnya. Celah longkang pun dibalunnya. Semata-mata nak tangkap gambar yang cantik untuk kami terutama Rayyan Adam yang susah sangat nak senyum. Sampai saya yang naik kesian tengok diorg.











Sikit dulu ye puan-puan. Kebanyakan gambar adalah yang lakonan dan juga real punya aksi. So, sama rata. Huhuhu. Mak bapaknya yang terlebih sudah. Oh ye, sila jangan curi gambar-gambar ini ok sebab saya tak letak watermark. Malas nak menjejaskan keaslian gambar. Jangan pulak nanti ada yang buat gambar suami saya timang anak kata merbahaya untuk kesihatan anak pulak. Kan dah kata ada yang lakonan semata-mata. Kang tak pasal-pasal jadi isu lagi

Sep 24, 2010

Apa Yang Lebih

Pada hal kau dengan aku sama. Apa aku buat kau buat. Tapi kenapa kau dapat lebih aku sikit? Kau baik aku tak? Kau dapat perhatian lebih aku tak. Kau boleh aku tak boleh. Kau dipandang aku tak? Kau boleh usik aku punya aku tak boleh usik kau punya. Apa lebihnya kau? Apa kurangnya aku? Sampai kau digah-gah kan? Bagus sangat ke kau? Aku tak cukup bagus?



Bila macam ni aku terasa diasingkan. Dianaktirikan. Tak ada apa yang boleh dipandang. Tak ada apa yang bagus. Tak ada apa yang lebih. Semuanya buta. Ketawa lah. Ketawa lah sepuasnya. Gelak sampai kau puas.



Sekian luahan perasaan yang hadir seketika ini. 

GiveAway Pertama


Hadiah utama Cloth Diapers.( worth RM 45 )
Dan hadiah misteri yang lain jika pemenang dia tidak mempunyai anak kecil dan tidak berkeperluan Cloth Diaper ni.. hehehttp://www.emocutez.com



Siapa-siapa nak join boleh click sini

Reunion SMKDM 2010

Gambar penulis blog sedikit over sebab tu lah dibulatkan supaya pembaca cam penulis sebenar. Dan juga gambar cuma ada yang ini sahaja sebab saya malu nak keluarkan kemera hp sebab kemera orang lain canggih-canggih belaka. Dan sebab yang lain juga kenapa tiada gambar lain kerana penulis kan dah dikatakan sopan terlampau pada masa ini.





Last week kami geng bas sekolah lama buat reunion sempena raya ni. Perjanjian dibuat di rumah pengantin berbaju merah di tengah-tengah. Oleh kerana majlis ni special sikit maka kami plan berjumpa pada waktu malam. Jadi tidak mengganggu majlis sebenar pada waktu siang.



Hmmmm bila dah kumpul ramai-ramai macam ni kan, terungat kisah dulu-dulu. Ada yang jumpa tu kan, eh dia dah jadi macam ni dah. Lepas tu anak dia dah besar dah. Ada jugak eh siapa eh nama dia ni. Aku ingat muka tapi tak ingat nama. Then saya antara yang malu-malu lah dalam ramai-ramai ni. Ha kau tengok aku dah berubah jadi sopan tauuuuu. Huhuhu



Actly, saya sekolah kat Sekolah Menengah Datuk Menteri ni dari tahun 1997 sampai 1999. Lepastu saya pindah sekolah lain. Walaupun saya tak amik SPM kat sini tapi saya tetap di invite. Majoriti yang datang diorg agak close berbanding saya. Tapi disebabkan hari baik bulan baik ni, orang pun dah menjemput. Apa salahnya saya nak eratkan silaturahim. Hidup ni jangan sombong sangat. Kalau nak sombong duduk kat hutan.



So, saya dan suami sanggup lah turun ke Johor dari Melaka. Siap bawa 2 orang anak tau. Anak yang tua siapa lagi kalau bukan mak. Huhuhu.... Lepas ni kalau buat lagi sure punya saya jadi teamu yang wajib hadir. Kali ni suami tak nak ikut pun tak pe. Boleh jumpa pakwe lama. Lalalala

Sep 23, 2010

Penghujung Selatan Benua Asia

Masih berkisar tentang raya. Masa raya keempat kami semua pergi beraya ke Pontianak rumah adik saya. Sila tahu ye. Saya sebagai rakyat Johor yang amat-amat setia sesungguhnya tidak pernah ke Pontian. Malahan jalan nak ke Pontian pun tak tahu nak ikut mana. Siap tanya nak ikut highway mana ni? Karang keluar tol mana. Nampak sangat la kejahilan tentang daerah Pontian ini. Justeru adik saya sebagai pemandu pelancong berkata, mana ada highway. Ikut jalan lama la. Nampak kan kebuntuan saya? 



Tobat tobat tobat!!! Jalan punya lah lama. 2 jam okey. Dan keadaan jalan sangat lah mencabar kerata sang suami. Hahaha. Padan muka dia kena bawa slow slow di jalan berkurap.



Bila dah siap beraya memang la penat kan. Dengan anak kecik lagi. Tengah hari buta yang panas terik. Suami pun berkata, abang nak pergi Penghujung Benua Asia. Isteri memainkan memek muka pelik. Main-main ke apa laki aku ni. Siap kata nak pergi tugu yang ada tulis penghujung benua asia. 



Then dia cerita lah hal yang sebenar yang penghujung  benua asia tu dah dekat sini. Alang-alang dah sampai Pontian, dia nak jugak jejak kaki kat situ. Dia kata kat Tanjung Piai. Nampak tak aku  ni warga Johor kejadah yang tak tahu cerita hal penguhujung dunia ni.



So, kat bawah ni layan je la gambar yang hentam keromo je. Janji ada bukti dah kami anak beranak dah sampai Penghujung Benua Asia



Ni lah tugu yang suami saya cakap tu. Sampai-sampai terus nak amik gambar kat sini.



Yang kiri sekali tu satu-satunya adik saya yang sebijik macam kakak saya. Sila tahu mana yang tak tahu ingat saya bongsu okey... Tengah-tengah tak payah diperkenalkan. Dan yang kanan ialah anak sedara iaitu anak kakak saya.
 


Nak masuk kena beli tiket okey. Dewasa RM5. Pelajar RM3. Warga Emas RM3. Kanak-kanak bawah 6 tahun free. Tapi masa ni orang kat kaunter tu baik. Dia kata mak free. Hari raya punya pasal





Laluan nak ke destinasi. Dari tempat beli tiket ke lokasi sebenar lebih kurang 1km. Mula-mula siap tanya dengan mak dulu tau. Larat ke tak. Mak kata ok. Alhamdulilah mak sikit pun tak penat or semput or sakit kaki. Teruja jugak kot.





Encik Monkey yang menakutkan. Serius saya memang takut. Terjerit-jerit takut monkey ni kejar. Pada hal kalau rileks je dia tak kacau. Dah agak-agak jauh baru berani nak amik gambar dia. Huhuhu..




Banyak-banyak gambar, gambar ni je la yang Rayyan Adam senyum. Budak ni kedekut senyum lah. Ramai cakap macam tu. Mahal wei senyuman dia ni.




Nampak tak yang saya bulat-bulatkan tu. Binatang tu spesis siput tau. Tapi tak tahu apakah jenis siput tersebut. Nak kata siput sedut bukan sebab lebih besar. Siput ba alif ba ya jauh sekali.









 Penghujung Selatan Tanah Besar Asia













Macam tak percaya je tau negara kita ni terpilih dalam peta menjadi Penghujung Benua Asia




Reptilia globe menandakan di sini ialah Penghujung Benua Asia








Air laut kat sini kira dalam jugak la sebab ada kapal-kapal yang berlabuh. Cantik kan?







Sila baca sendiri info tentang tempat ni. Gila malas nak taip.



So, puan-puan marilah melancong. Tak rugi melancong di dalam negara sewaktu hari raya. Penghujung Benua Asia salah satu tempat yang wajib dikunjungi. Dan jangan tak tahu. Walaupun beraya bukan ke rumah orang. Rayyan Adam tetap dapat duit raya. Entah siapa entah budak-budak motor ala-ala Mat Pit tiba-tiba bagi duit raya 5 hengget kat Rayyan Adam. Terima kasih ye cik abang kot-kot kalau awak baca blog saya ni. Minta-minta la cam lagi. Saya memang tak cam.



Ok sekian berita cuti-cuti Malaysia. Punya lah penat nak upload gambar terbanyak dalam blog ni.