LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 3, 2010

26

Di kala usia saya meniti 26 tahun, semakin bertambah matlamat hidup saya. Dulu-dulu berangan nak belajar pandai-pandai masuk U. Masuk U nanti boleh cari kerja bagus-bagus gaji banyak cari duit banyak-banyak. Then, impian tu dah pun dikecapi.



Bila dah jadi seorang gadis, berangan pulak nak kahwin. Ada je lah lelaki yang diberangankan sampai terbawa-bawa dalam tidur. Biasanya artis-artis lah. Hahaha.. Now, dah kahwin pun. Tapi yang penting suami saya bukan dalam kategori yang diberangankan tadi. Alhamdulilah walau bukan dalam taste sangat tapi amat memuaskan. Hahaha. Kemudian dapat anak yang comel. Anak yang jadi kesayangan semua orang. Kesayangan keluarga sebelah suami mahu pun saya. Alhamdulilah.



Then, berangan pulak kalau dah ada kerja bagus nak pakai kereta sendiri. Dah dapat pun. Sikit pun tak syer dengan suami. Ye la. Bayar sendiri-sendiri. Dia pakai la kereta dia sendiri. Tapi bukan lah kereta mewah pun. Kereta mewah masih dalam angan-angan yang belum dijayakan lagi.



Lepas tu yang tak terjangkau dek pemikiran dalam usia semuda ni saya akan memiliki rumah sendiri dalam tempoh 30 tahun ni. Hahaha. Exited tau... Walaupun lambat lagi nak jadi hak milik. Tapi it's okey. Puas hati.



Yup saya gembira dengan hidup saya sekarang. Memang gembira sangat-sangat. Saya juga bahagia. Bahagia bukan saja dari segi material. Tapi batin saya juga bahagia miliki keluarga yang memahami. Yang tak banyak merungut. Yang menyokong saya dalam apa jua keadaan. Syukur sangat-sangat.



Cuma yang masih lagi angan-angan yang belum menjadi impian yang paling penting dalam hidup ni ialah duduk sebumbung bersama suami dan anak tersayang. Ye itu yang paling saya inginkan saat ini. Cuma belum ada rezeki lagi Tuhan nak bagi. Saya tahu segala yang terjadi ni ada hikmah di sebalik nya.



Saya masih lagi berangan nak pakai kerata mewah dan beli lagi satu rumah besar  



2 comments:

Lady D'yot said...

moga tercapai segala impian mu..aminn~

Unknown said...

nadia : amin. tq