LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 17, 2010

Agent Insurans


Lagi entry emo di pagi-pagi hari pasal agent insurans. Hany sory aku tiru entry ko. Hahahha. Tapi ni memang betul-betul punya kejadian atas diri aku.



Sebelum kita ke cerita yang hangat yang mendatangkan kemarahan saya, mari kita cerita hal positif yang menyebabkan saya nak beli insurans. Sebelum ni saya memang nak beli insurans untuk Rayyan Adam. Cuma confident level masih kurang.



Nak dijadikan cerita adalah sorang kawan rapat saya ni terima sakit yang mengejut iaitu F bukan nama sebenar. So, saya tertariklah dengan management agent dia tu buat saya berkata padanya, nanti kau dah baik sakit, kenal kan aku eh dengan agent kau. Aku nak beli je dengan agent kau tu. 



Finaly, F ni tanya saya betul-betul sama ada saya mahu atau tak nak beli insurans dengan agent dia ni. Tapi kejadian sebenar, F kata dia tak paksa. Kalau nak, dia bagi nombor. Kalau tak nak dia tak bagi. Saya pun terus je lah setuju. Saya kata, tak pe. Kau bagi je nombor aku kat agent tu.



Sebelum saya terus kan, buat F, entry ni bukan salahkan kau  tau. Kau jangan rasa bersalah pulak. Lagi pun kita tak rugi apa-apa aku nak buat entry salah kan agent tu. Hmmm sekali lagi, aku tak salah kan kau. Minta maaf banyak-banyak dulu.



Mari kita ke cerita sebenar. Agent kan dah dapat nombor saya kan. Then, adalah sorang perempuan call kata nak jual insuran yang nilainya 500k. Saya pun kata, ok kita nak jumpa kat mana ni. Dia kata nak datang area tempat kerja saya. Awalnya saya setuju. Cerita punya cerita rupanya dia dari Negeri Sembilan. So, saya kata alang-alang dari Negeri Sembilan lebih baik dia turun Melaka je sebab boleh jumpa dengan suami sekali. Dia setuju. Pada masa ini, saya hanya berurusan dengan perempuan.



Tiba masa yang dijanjikan, memang ada perempuan. Tapi yang bercerita adalah lelaki iaitu suaminya. Seperti kebiasaan lah ye agent insuran punya cerita. Pung pang pung pang.



Dah habis dia bercerita, saya tanya lah, ada tak pakej untuk family. Maksud saya combine nama saya dengan anak dengan 1 bayaran. Terus dia kata tak ada. Kalau nak, asing-asing. Saya terkesima. Mujur saya sempat berfikir. Saya kata lah, kalau macam tu saya akan bagi keputusan dalam masa yang terdekat tapi bukan sekarang.



Start dari saya cakap macam ni, muka yang lelaki ni dah lain macam dah. Then, dia minta ic saya dan mykid Rayyan Adam. Awalnya saya tak nak bagi. Tapi suami kata, bagi je dulu. Kita bukan buat apa-apa persetujuan pun. Sekali lagi dia bengang bila dia minta saya sain sesuatu tapi saya tak nak. Dia kata, bukan apa. Kalau saya sain, nanti kalau saya setuju dia takkan datang jumpa saya untuk minta pengesahan lagi. Dan lagi satu, selagi saya tak buat apa-apa bayaran dia takkan dapat hantar apa-apa. Pun tetap saya tak nak sain.



Seperti yang saya cakap, saya akan bagi jawapan hari Isnin. Dan dia pun faham saya akan bagi jawapan pada Isnin. Dan jawapannya ialah saya selepas balik berfikir dengan suami kami setuju akan beli insuran untuk Rayyan Adam sahaja bernilai 500k dan bayaran bulanannya ialah RM100. Titik.



Tapi segala-galanya berubah hanya dengan 2 mesej sahaja. Mesej pertama saya tak amik kira sebab dia minta nombor suami. Cuma pada waktu itu saya tak reply sebab bateri hp habis. Mungkin dengan sebab saya tak reply mesej pertama dia menjadi bertambah bengang. Masuk mesej kedua pulak, dia dah start macam paksa-paksa saya beli jugak insurans dengan dia dan kata saya telah menyusah kan dia datang jauh-jauh dari Negeri Sembilan. 



Kemudian, bila saya sedar mesej tu, saya balas dengan cara baik dan katalah jangan takut. Saya memang akan beli dengan dia. Then, dia reply dia ingat saya cuma nak dengar je dan tak mahu beli. Tapi mesej itu adalah dengan nada yang tidak profesional. Serta merta kami suami isteri reject untuk terus buat keputusan beli dengan dia.




Buat agent tersebut, now aku nak buat entry yang kurang ajar untuk kau ok

  • Sebelum ni aku punya espectation kat agen insurans adalah negatif. So, bila aku dah positif, kau buat mentaliti aku kat orang jual insurans ni jadi negatif balik. Sebabnya aku akan sentiasa espect orang jual insurans ni paksa-paksa orang beli sebab kau nak dapat komisyen gempak-gempak

  • Apa point kau nak bagi tahu aku income kau sebulan sampai 5 angka??? Kau dah kaya kan. So, takkan kau menggelupur terlepas satu customer iaitu aku laki bini. Kau dah banyak untung kan? Ek eleh...Takkan kau tipu aku pulak kau punya income yang 5 angka tu tapi kau rasa sedih bila aku tak nak beli insurans kau.

  • Aku tak paksa kau datang Melaka. Kau yang wiling nak datang jumpa aku laki bini kat Melaka. Kau kata aku menyusahkan kau sebab aku tak beli tapi cuma nak dengar je. Anyway thanks la yek sebab bagi kat aku ceramah free pasal dunia insurans ni. Lagi satu, setakat Negeri Sembilan-Melaka, takkan kau rasa duit tol kau banyak habis kot. Nak-nak lah kau kerugian satu customer iaitu aku lah kan
 
  • Satu lagi kan, apa hal pulak kau nak tunjuk gambar-gambar kau pergi melancong dengan hasil jualan insurans kau. Aku tak nak tengok tu semua. Aku cuma nak beli insurans. Bukannya nak melancong dengan insurans tu. Lainlah kalau aku beli dengan kau, kau bagi aku tiket free tempat-tempat yang kau pergi tu.

  • Apahal kau sebok nak cakap gaji aku laki bini kecik. Dah tu kau sebok nak kata sampai bila aku nak makan gaji. Suka hati aku lah kan. Yang kau megah sangat dengan gaji 5 angka kau tu apahal? Beb setakat 5 angka yang kau gempakkan tu, tapi nilainya 10+++....No wonder aku boleh kejar angka tu dengan makan gaji ni eh.

  • Yang kau nak salahkan majikan lah, kerajaan lah, gaji sikit ni apahal??? Kau mana tahu majikan aku baik ke tak yang kau nak claim sesuka hati kau. Ni aku nak tanya kau. Masa umur kau macam umur aku kan, ada kau dapat gaji macam aku??? Tak de kan? So, kau tak boleh lawan aku.

  • Satu lagi, kau kata kau dah memang banyak pengalaman pasal dunia insurans ni. Kau punya cerita bukan main gah macam kau sorang yang tahu dunia insurans ni. Sampaikan aku tanya takkan tak de plan untuk family terus kau kata tak ada. Kau ingat aku bodoh. Aku punya taraf pendidikan lagi tinggi dari kau okey. Jangan main-main dengan aku. Aku terima pengalaman kau kalau nak compare dengan pengalaman aku. Tapi aku bukan bodoh. Kau ingat aku takut tak beli insurans dengan kau.

  • Kau sebagai orang yang mungkin dah nak pencen dan banyak pengalaman yang macam kau canangkan tu, ni aku nak nasihatkan kau. Please be rasional dalam setiap apa tindakan termasuk meseg yang akan kau bagi kepada bakal client kau. Profesional sikit bila menjawab. Kalau tak, akan jadi kejadian orang reject insurans kau macam aku.
 
  • Takkan kau tak faham dunia jualan insurans ni sama konsep dengan perniagaan. Risiko kau ialah orang tak beli insurans kau dan kau akan rugi. Takkan tak faham kot. Takkan pasal aku tak beli insurans kau, kau melenting tak tentu pasal.

  • Suami aku pesan, dia kata tengok nanti kalau kau jatuh sakit, memang lah kau ada insurans yang gempak sebab kau makan komisyen kan. Tapi dia kata lagi, nanti kalau kau sakit boleh ke kau kaut untung jual insurans banyak-banyak. Boleh ke dapat lagi income gempak-gempak sampai 5 angka?



Ingat ye, agent insurans yang lain jangan melenting baca entry ni. Entry ni hanya ditujukan kepada agent insurans yang saya baru jumpa last week. Bukan kepada semua agent. Tapi ada pesanan penaja di sini. Sesiapa yang rasa nak jual insurans dengan saya boleh lah calling-calling sebab saya memang tengah plan beli untuk Rayyan Adam.



14 comments:

cik daisy said...

sayangnya akak punye biz dlm bidang ni dah slow down. kalo x, bole offer kat as. hihi! pendapatku tentang agen nih:

1) tdk pro. kalo dia biz takaful, hanya memandang keuntungan, dia silap. dia lupa yg dia sepatutnya buat 1 kebajikan krn mengajak umat islam lain sama2 berlindung di bwh 1 konsep spt khairat kematian. dia lupa dia adalah wakil yg diamanahkan ttp x ikhlas dlm tunaikan tggjwb.

2) kununnya dia bermotif serampang 2 mata-bawa polisi utk rayyan adam & sekaligus offer 'side income' pd kalian suami isteri. terlalu gelojoh. org benci cara mcm ni sbb memaksa client fikir byk benda dlm 1 masa.

3) dia fikir dia terlalu hebat. kiranya outstation utk jumpe client, dia perlu ada 'power of closing'. dia dah tau yg dia susah payah redah N9-melaka, tp x bahasa yg digunakan x cukup power utk yakinkan kalian dlm serampang 2 mata yg dia plan.

pjg sgt, rumusannya, jgn lar amik dgn agen sebegini sbb dia cuma mahukan keuntungan semata. sok2 bila ada prob, kita nk follow-up dgn dia, dia yg hilang entah ke mana. x mau reply sms/jwb phone. dia kenekan kita balik!

Unknown said...

kak d : as baru nak tya2 akak pasal insurans kot2 blh deal dgn akak. sbb as tahu kesan lepas ni kalau amik dgn dia lah, as terus reject. tak nak la deal dgn org yg igt kita ni buruk2 je. karang dia reject prob kita kemudian hari

LiAnA said...

agen insuran ni ada byk jenis... ku sendiri penah kena tipu...
kita byr bulanan kat dia.. tp simpan sendiri duit tu sampai insuran kita laps..


now dh dpt yg ok sgt... better cari insuran yg bagus utk kita sekrg dn akan dtg... snang nk claim.. byaran tak membebankan....

cik daisy said...

oh yea, 1 more thing.. ntah2 agen ni dr syarikat takaful yg under maybank tu - e***a takaful. sbb seingat akak, mmg xde plan utk cover 1 family dgn 1 bayaran. sbb target comp ni ialah 1 individu 1 polisi. so xde sharing. so boleh maksimumkan target simpanan, pelaburan & claim2 nnt bila dibuat, takkan berkurangan sbb x sharing. cth, plan utk anak biasanya target utk simpanan dia utk masuk U nnt, dlm masa yg sama cover penyakit dll.

Unknown said...

LiAnA : now mmg ramai sgt org kena tipu dgn agent. sbb tu tak salah kita nak reject mana2 yg kita rasa was2. kes mcm awak ni lah biasa yg saya dgr. sebab tu mahu lebih berhati2

Unknown said...

kak d: as pun kurang faham sama ada mmg wujud or tak plan utk family. cuma rasanya mmg ada. plan ni 3 dlm 1 katanya. 1 kesihatan, 2 simpanan yg mana minimum 4k baru blh keluarkan tak kira dh berapa tahun kita mencarum, 3 dividen. konsepnya sama je untuk semua tak kira polisi utk anak atau utk mak. yg penting plan ni utk 1 individu. tak de syer2

cik daisy said...

hi liana.. kes tipu tu mmg 1 kesilapan lar sbb percaya pd agen tu. sepatutnya kita pilih cara yg lebih selamat. agen tu patut offer bayaran secara terus dr ac bank cth mcm SI ke, autodebit ke.. kalo keje gomen lg bagus sbb bole apply tolak gaji thru angkasa. cara2 ni lg mudah sbb kite takkan lupa or lap. logiknya, kalo polisi kita sampai umur 50-60 tahun, sampai bila nk masukkan duit kat agen tu kan... dibuatnya agen tu ilang trus, atau meninggal? hmm.. saja kongsi pengalaman ;)

cik daisy said...

as, akak plan thn ni nk amik 1 polisi baru (takaful lain dr yg ada skrg) dgn member hubby ni. tp tu lar, blom amik lg. so nk offer kat as agen ni, x berani plak coz akak pun lom amik ngan dia lg. tp trusted lar, sbb bestfren hubby.

Unknown said...

kak d : nti blh la akak syer2 info ek sbb now as mmg serius nak amik insuran utk anak. takut nti semangat tu makin lama makin hilang. last2 nti rugi mcm tu je hidup ni

Lady D'yot said...

ermm..agent sy mcm ok..tp mcm suh cari org lain join insuran dia gak..tp, ok je kot so far.

Rohani Hashim said...

beb, ko amek je ngn agen aku amek tuh ;)

haha jangan riso aku tak melenting dowhhh...mane ade tiru beb, entry memasing ler...

mamat tuh desperado...aku rasa mcm org yg sama je dgn aku kena tuh...

Unknown said...

nadia : mmg ada agent yg ok


hany : aku on je kalau agent tu ok. nti aku discus balik dgn bad.

apek said...

sebenarnya insurans ni bergantung penuh pada agent. Tahniah kerana bijak memilih.. pilihlah agent yang betul2 komited pada kita sebagai pelangan.

aku bertuah kerana dapat agen merangkap pengurus syarikat insuran tersebut. Jaga aku bagai nak rak.. duit bayaran dtg collect.. bil dtg collect.. bagi cek pembayaranpun dtg ke pejabat aku. setakat ni aku memang puas hati..

dah dua kali anak aku masuk Hospital Pantai.. dua-dua kali dia bantu urus ketika pendaftaran. Nak keluar hospital.. pun tolong aku lancarkan. Itu belum kira lagi flowers n fruits bucket ketika dtg lawat anak aku..
setakat ni.. memang best. dan yang paling mudah bila isterinya seorang nurse di Hospital Pantai.. lagi la mudah nak berurusan.

anyway nasihat aku cari yang betul2 komited dan kalau blh cari yang full time sbb mereka ni kerjanya memang ngadap insuran 24 jam.. .

Unknown said...

apek : dari dulu sampai skrg mentaliti org kita anggap agen insuran ni suka paksa2. tapi sebenar nya mmg ada yg baik mcm yg u jumpa tu. bak kata saya tadi, mentaliti kita masih mcm dulu disebabkan ada yg terlalu mengejar komisyen