LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 23, 2010

Tolonglah Respon

Ni nak cerita pasal golongan-gholongan orang yang kurang respon bila ada mesej atau bunyi telefon. Geram sangat dengan manusia jenis ni. Diorg anggap benda-benda tu semua tak penting.



Tahu tak, saya sebagai pemanggil atau pengirim mesej mesti tak duduk diam bila tak de respon. Nak-nak kalau masa tu nak bagi tahu hal penting. Tak ke naya namanya. Let say la, yang orang jenis ni tak de pakwe ke, makwe ke, tak salah kalau bawa handset tu ke hulur ke hilir. Janji ada bersama dengan kita.



Bukannya apa, walau pun life tak de makwe atau pakwe, tapi kan still ada keluarga. Kot-kot lah keluarga call nak bagi tahu benda-benda urgent. Nak bagi tahu kucing mati la, kucing kena culik ke, kucing tercekik tulang ke...Karang, tahu-tahu dah seminggu kucing kesayangan kat kampung dah jadi arwah. Masa tu jangan menyesal tak sudah salahkan handset.



Dulu masa saya dok kat Terengganu, ada sekali call mak tak dapat. Berpuluh kali okey. Ye lah, masa tu mak tinggal sorg. Arwah abah baru meninggal. Macam orang gila tau saya dibuatnya. Melalak sekor-sekor call Abang Long, arwah Abang Ngah, Abang Didik, Kak Ana, minta carikan mak. Saya suruh mana yang dekat tu balik rumah mak kot-kot apa-apa terjadi kat mak.



Sudahnya rupanya masa tu mak ikut arwah Abang Ngah dan handset ada dalam beg. Saya pun menyinga lah masa tu. Mak memang kena marah kow-kow. Tahu dia takut dengar suara anak dia dah melalak macam orang kena belasah. Lepas kejadian tu mak dah tak buat lagi. Mak tahu saya risau kan dia. Dia tahu kenapa saya marah dia. Atlist la kan, saya sebelum ni mesti nak call mak dalam 1 atau 2 kali sehari. 



Walau pun, kita fikir kita tak ada orang yang amik berat, tapi fikirlah orang kesayangan kita yang kita perlu amik berat. Setiap minit itu amat berharga untuk mengetahui keadaan orang-orang yang kita sayang. 

4 comments:

Rohani Hashim said...

a'ah betol dowhh...aku stuju, dulu time aku xde pakwe pon, melekat je ngn hp tuh, sebab nya aku ade MAK ada AYAH, yang mana lagi penting dari pakwe or makwe, dok gituh as?


ade org kate, kalu kes mcm ni kan, bile dah jadik sumting yg betol2 buat dia nyesal baru dia berubah...tapi takkan la nak tunggu ade benda mcm tu br nk berubah kan?

org nasihat ni kekdg kena gak fikir kan, bukan nk suruh ikot semua, tapi tgk la utk kes ape, dgr amek tahu, fikirkan baek buruk, bukan nya org nasihat benda tak elok...


perghhh panjang mcm entry aku lak as...hahahaha

jgn smpai menyesal tak sudah byeeeeeeee

Unknown said...

suamihanyisterizuki : wak aku lak terahru baca ko pya komen. eh tapi mmg emo la bab2 mcm ni. igt lah sikit kat mak bapak kita walau kita tak de makwe ke pakwe ke. bak kata ko lah. karang nyesal tak sudah

Fielah said...

susah nak cakap sampai dah tak tercakap tak tahu nak ckp ape tapi mcm nak cakap jugak sebab tak reti nak luahkan macam mana jadi macam ni je lah yang terluah tapi walau apa pun yang cakap mungkin tak ada kesan sebab susah nak terkesan atau memang sengaja tak mengenal erti kesan nak buat macam mana pun dah tak tahu ntah la labu aku kesah tapi ada orang akan cakap ada aku kesah jadi aku pun dah blur tapi sebok nak jugak komen entry ko ni mungkin sebab aku dah tak tahu macam mana cara lebih baik untuk komen jadi aku merapu kahkahkahkah series bes rasa kalau type tapi tak fikir main taip je macam orang fikir tak perlu reply msg org lain wpun org lain rasa sgt penting..

nway, mntk maaf tuan blog sbb buat sepah kat sini... :)

Unknown said...

Fielah : hahahhaa...ko ni fielah. naik pening lak aku bc komen ko. tapi aku hargai komen ko dan aku juga tahu maksud ko sama dengan maksud aku yg mementingkan mesej dan panggilan telefon walaupun semasa ko masih single n available