LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 24, 2010

Kenapa Kahwin Awal?

Saya tunang umur 22. Saya kahwin umur 24. Saya dapat anak umur 25. Now, saya 26 hidup saya dah lengkap. Saya dah ada suami. Dah ada anak. Kami anak beranak cuma perlu memikirkan apa lagi yang perlu kami buat untuk menambahkan kebahagiaan keluarga kami. Contohnya, dalam umur yang macam ni, kami sedang memikirkan nak beli rumah. Matlamat kami, sebelum masing-masing umur 30 mesti mahu memiliki sebuah rumah sendiri.


Let say kan, 20 tahun akan datang. Masa tu umur saya 46. Anak sulung pulak dah 20 tahun. May b lah kalau nak terima menantu pun masa umur anak saya 25 tahun lah paling kurang. Ok kan, umur 51 tahun saya dah bergelar mak mertua. Simple kan matlamat hidup kita dalam mengejar usia.


Entry ni bukan ditujukan kepada mereka yang nak kahwin cepat macam umur saya tapi tak dapat jodoh. Tapi ditujukan khas buat mereka yang sombong nak kahwin walaupun dah ada jodoh. Golongan ni pernah berkata kepada saya waktu hari pertunangan saya dan juga ketika menjelang perkahwinan saya. Buat apa kahwin awal? Muda lagi dah gatal nak kahwin. Wellllll.....



Dah tu kan, ada jugak yang kata, masa saya dapat interview DPLI tahun lepas, kan masa tu saya mengandung 5 bulan. So, nak tak nak kena lah ignore je tawaran tu. Ye lah. Kan dah memboyot perut ni. Ada pulak mulut yang kata...Tu lah, belum lengkap lagi cita-cita dah kahwin awal-awal siapa suruh. Tengok sekarang, kan dah mengandung. Hmmm yang berkata tu kan, anak dia tak kahwin lagi tau sekarang. Umur anak dia dah 27. Pakwe pun belum ada lagi. Lantak dia lah kan kalau nak kahwin umur 35 pun. Tapi, ye lah. Kahiwn umur dah tua. Macam-macam hal je nanti karang jadi.


Kata lah, yang berkata tu senior-senior saya. Maksudnya umur diorg sekarang tua setahun dengan saya iaitu 27 tahun. Now, kelam kabut tak korg nak berlaki? Amacam? Umur dah meningkat dah ni. Kejap lagi je nak masuk 30.



So, yang nak diperkatakan di sini, tak rugi okey kahwin awal. Saya bukannya kahwin umur 18 tahun. Lepas SPM dah gatal nak kahwin. Atau macam budak yang baru nak amik PMR yang lari rumah ikut pakwe nak kahwin lari.



Minta maaf sekali lagi pada yang nak kahwin tapi belum ada jodoh. Saya bukan mengata kamu. Tapi saya berkata tentang mereka yang sombong dengan jodoh.


4 comments:

Izan Ishak said...

hi asfaliza...

izan setuju sgt sbb izan pun kahwin awal...umur 21 (final year masa kat u) dpt anak umur 23 thn.
ada juga suara2 sumbang sbb kawen awal2 dan skrg ni plak izan cuma SAHM je...

tapi izan tak menyesal sbb tak bekerja, tp izan bangga bila hubby kata "xpe...ummi jadi surirumah yg ada ijazah...lepas tu jadi cikgu pada anak2 sendiri..."

yess...kenapa nak sombong sgn jodoh ye?

Unknown said...

Izan Ishak : btl. selagi kita mampu, kita buat yg terbaik pada diri kita walau pun org kata negatif

cik daisy said...

untungnya kawen awal pun, dpt elakkan dosa & maksiat bertambah.. dugaan tu, kalo nk dating.. nk pegang2 tgn pun dah dosa. huhu!

Unknown said...

cik daisy : haah. kahwin awal bukan takat pegang tangan. pegang lain pun halal je kak. huhuuu