LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 22, 2010

Bajet Kahwin




Sejak saya kahwin hingga sekarang, adalah beberapa kenalan yang bertanyakan tentang bajet kahwin saya. Mana tak nya, soalan ni berlegar-legar. Saya bertunang masa saya di tahun 2 di universiti. Tempoh pertunangan 2 tahun. 2 tahun ni atas syarat Abang Long. So, saya kahwin hanya selepas 8 bulan saya bekerja. Macam mana saya kumpul duit? 




Apa yang saya nak tekan kan ialah, tempoh pertunangan yang 2 tahun itulah yang membawa kami membuat persiapan dalam keadaan terkawal. Terkawal yang saya maksudkan ialah dari segi kewangan. Saya mahu pun pihak suami telah membuat persiapan seawal yang mungkin mengikut kemampuan kewangan kami. Contohnya la kan, kami akan membeli barangan yang boleh disimpan dalam tempoh yang lama seperti barang hantaran, paper bag, bunga telur dan macam-macam lah. Pendek kata, kami beli sikit-sikit dan simpan. Kami tidak beli dalam masa yang serentak. Semua ini adalah disebabkan faktor kewangan lah. Ini juga tips yang saya boleh syer dengan bakal pengantin.



Mungkin ada yang beranggapan, nak buat apa beli awal-awal. Lambat lagi. Terpulang. Kalau anda rasa anda boleh mengawal ekonomi anda, tak salah nak beli sekali gus semuanya. Dan kalau anda rasa juga, anda punyai banyak masa untuk memilih barang perkahwinan yang sesuai, juga tak salah anda mahu menangguhkan pembelian.



Saya kahwin memang bajet. Sebabnya saya masih ada kampung. Kehidupan kampung saya adalah muafakat membawa berkat. Ini lah untungnya orang ada kampung. Bila ada kampung, saya tak payah pening kepala memikirkan kos catering. Saya pun tak tahu 1 kepala berapa caterer cas. Ni lah untungnya hidup orang kampung seperti saya. Malah saya tak payah fikir tentang kanopi, kompang, orang rewang bla bla bla bla. 



Bila orang tanya saya mengenai bajet, saya tak tahu nak jawab apa sebab saya memang tak de bajet pun. Hahahahah. Mungkin 20k? 30k? Atau lebih? Realitinya, kos tukang masak catering, kompang, dan kanopi saya hanya perlu membayar RM350 sahaja. Murah bukan? Sekali lagi saya katakan, saya adalah golongan yang beruntung kerana bajet kahwin saya murah kerana saya orang kampung.







Nampak murah? Mungkin anda rasa tidak meriah. Meriah bagi saya dan juga bagi keluarga dan para jemputan yang datang. Kenapa saya kata meriah? Pertama, hasil andaman saya adalah sangat cantik pada saya kerana, tema yang saya ilhamkan ialah hijau dan paech. Gabungan warna yang tak pernah mak andam terima tempahan. Hasilnya ramai yang memuji gabungan warna itu terutama pada pelamin dan baju bersanding. Saya juga sempat menukar beberapa pasang baju dalam acara pakaian beragam.







Dalam pada itu, mak juga menempah penari zapin kanak-kanak dari kampung sebelah semasa acara persandingan dengan bayaran RM150. Malam majlis perkahwinan saya juga kakak saya menyemponser tarian kuda kepang dengan bayaran RM350.









Satu lagi, kenapa saya kata bajet ialah, kebanyakan perkara dalam majlis perkahwinan saya adalah disponser. Termasuk pekej andaman ialah mak andam ialah mak cik saya sendiri. Hahahhaha. Tentulah bajet kan sebab free. Mak andam sekarang bukan main mahal lagi. Beriban-riban cas nya.



2 comments:

Lady D'yot said...

waahhh....jimatttt..^_^

Unknown said...

nARd eLainY : mari lah berhemah