LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apr 30, 2010

Benci Tengok Drama Cerita Anak Terabai

Entah apa entah tajuk cerita ni main kat TV2 malam ni. Geram tau tengok mak bapak dia ketagih dadah. Anak ada 2 orang terabai. Yang si abang kena kerja basuh pinggan kat warong. Yang adik pulak bukan main teringin nak naik LRT.


Weiiiii korang tahu tak korang dah bazirkan air mata aku yang mahal ni!!!!


Anak-anak baik. Makin kesian bila tokey warong tempat abang dia kerja kedekut nak mam***. Bini dia nak kasi bawa balik lauk yang tak habis pun berkira. Siap cakap macam mana nak untung. Macam jadi tempat kebajikan je warong ni. Hish sempit lah kubur orang kedekut macam ni.


Bapaknya vongokkkk. Mentang-mentang tahu anak dia ada duit, bila minta anak duit, anak tak bagi, dia pukul anak dia. Yang berlakon Nasir Bilal Khan pulak tu. Memang la jadikkkkk gila berlakon jadi penagih dadah. Eeeeee dia boleh pulak ngisap depan anak dia yang kecik...



Okey, saya ni memang paling lemah tengok budak kecik nangis. Tak kira apa pun masalah budak tu. Kalau start dia nangis, saya pun boleh join sekaki tanpa sebab. Menci tau nangis-nangis ni!!!



Dah tahu tajuk tadi tengok iklan. Tajuknya LORONG

Massage


Dek kerana sakit pinggang yang dah terlampau sampai tak boleh blah, tadi sempat pergi spa nak buat massage. Kat sini dengan kat Melaka memang susah nak cari tukang urut yang best. Nak balik kampung nak berurut dengan bidan yang masa bersalin tu mana ada masa.


Tadi buat separuh badan je sebab masa tak cukup. Means yang paling utama mesti urut pinggang ni. Dah macam nak patah pinggang makcik ni. Umur muda lagi. Tapi macam-macam sakit makcik dapat.


Mula-mula dia urut macam slow je tau. So, saya tanya la, memang urut slow macam ni ke. Dia kata, tak kuat ke. Lepas tu, terus kuat dia urut. Memang best. Orang Indon tapi okey.


Ni la nama spa tu. Dekat je dengan ofis. Jalan kaki pun sampai





Owner spa tu sugest ubat ni untuk sakit-sakit pinggang. Macam majun tapi tablet. Murah je. Sebotol RM5. Saya beli 2 botol. GIla tamak

Tag Kasut Feveret



Kali ni kena tag kasut pulak. Tag diberi oleh zuarcity





Ni kasut feveret sebab ni kasut kahwin. Beli kat SOGO. Masa ni saiz  banyak habis. Patutnya pakai saiz 6. Tapi memang teringin sangat kasut ni sebab dia bling bling. So nasib saiz 5 muat. Siap ada permata yang hilang. Sekarang kalau pergi orang kahwin baru pakai. Tingginya dalam 1 inci setengah kot. So, sangat selesa, lagi-lagi kalau dukung Rayyan Adam. Harga 200++ tak ingat. Cap sambonia



Abaikan gambar belakang...Hahaha

Lempeng McD




Orang makan lempeng McD kita pun teringin. Ha tu yang pagi-pagi drive tru je McD. Sekali sekala boleh la layan. Hari-hari mahu kena kencing manis. Hish manis sangat la. Tapi kopi best. Wangiiiiiii je. Tiba-tiba rindu nasi lemak!










Apr 29, 2010

KG oh KG !!!!!




Sebelum mengandung -----------> 54 kg

Mengandung ----------------------> 60 kg

Bersalin ---------------------------> 50 kg

Lepas 2 bulan bersalin -----------> 50 kg

Lepas 5 bulan bersalin -----------> 49 kg

Lepas 7 bulan bersalin -----------> 52 kg





Waaaa sekarang dah 52 kg. Terus-terusan naik ni....Diet oh diet di manakah dikau

Marvelon

Semalam saya cuti sebab ada appointment dengan doktor pasal family planing. Daripada awal memang saya plan untuk amik ijection sebab malas makan ubat. Nak pakai-pakai IUD memang tak lah. Muda lagi. Macam seram je dengar. 


So, semalam adalah untuk dos yang kali ketiga. Kiranya setiap 3 bulan sekali la kena amik dos ni. Sampai-sampai je, diorg cakap ubat untuk inject dah habis. Hish...Macam mana ni.


Diorg bagi 2 choice sama ada nak pil atau pun kondom. Hmmmm tentu-tentulah aku tak nak kondom. Kalau nak dari awal lagi tak payah bersusah payah sakit bontot kena cucuk dengan jarum. Suami siap cakap, kalau dia nak bagi kondom nak bagi perisa apa. Starwbery ke oren? Macam siot kan laki aku.


Nak tak nak kena lah amik pil cap Marvelon. Ubat ni sama dengan ubat yang saya kena cucuk. So, rasanya effect dia sama je. Period yang tak menentu itu sudah pasti kesian kat suami


Yang tak best nya makan ubat ni kena lah disiplin oiiii....Sebab tu lah tak nak makan pil. Kena konsisten makan tiap-tiap hari. Jam berapa makan, kena ikut time. Itu yang lemah tu.


Nak pergi klinik lain malas sebab nanti kena buka buku rekod baru bagai. Karang berapa banyak buku rekod pulak nak refer.








Udang Masak Lemak





Pagi tadi suami bersusah payah pergi pasar borong sampai sakit kepala tobat tak nak pergi sorang-sorang lagi. Sementelah betul ke apa aku tulis ni dia dah beli udang sekilo 10 hengget, saya pun berkira-kira lah nak masak udang masak lemak cili api yang kuahnya boleh dihirup sebab cili tu letak 3 batang je.


Habis lah malam ni semua dok garuk-garuk badan je gatal-gatal makan udang. Hahaha. Habis semua kurap keluar karang. Rayyan Adam pun mak tak bagi minum susu badan sebab bontot dia tengah merah.  Konon sebab takut susu saya ada kandungan udang dan Rayyan Adam akan minum susu berperisa udang. Hahahaha....Nak tukar bulan katanya. Sebab esok Rayyan Adam sambut ulang tahun ke 7 bulan

Apr 28, 2010

Nangis Tengok Jangan Tidur Lagi

Ni baru lepas melalak tengok Jangan Tidur Lagi malam ni punya episod. Dia tunjuk masa diorg invite arwah Achik Spin. First-first tunjuk masa hari arwah nak dikebumikan. Everything okey, sampai lah ada part yang anak dia nangis-nangis cakap nak ikut ayah dia. Waaaaaaaaaaaa.....Air mata dah macam air terjun siap ada hingus.


Okey, saya akui saya punya hati tak kering. Apa-apa cerita kat tv kalau ada yang sedih memang emo sampai boleh bawa emo orang lain join menangis.


Masa tengah tengok tadi, suami pulak call. Dia tanya lah kenapa nangis ni. Saya jawab tengok pasal arwah Achik Spin. Dia siap bantai gelak kat tempat kerja. Saya makin kuat nangis. Ha amik ko...Sedih wei


Sambung balik kenapa sedih. Sedih sebab terbayangkan anak-anaknya yang kecik lagi. Kalau bujang tak pe lagi. Tak de komitmen. Kurang orang yang disayangi.


Okey lah. Nak sambung nangis

Apr 27, 2010

Beautiful Award

ayu.....
 
1. Buat 1 Entry Tentang Award ini (Copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER  AWARD"untuk letakkan di blog anda)
 
 
Beutiful? Tak tahu lah saya ni beautiful ke tak. Orang kata, orang beauty ni cepat kahwin. Hahahaha...Betul lah tu
 
 
 
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut 
 
 
Of coz la terima kasih banyak-banyak kat pengirim award ni. Sempat pulak beliau pas-pas award.Damyakaudihatiku sangat comel anak-anaknya. Boleh buat calon menantu ni
 
 
 
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Awards. Wahhhh banyak nya. Tak larat den. Try my best. Huhuhu...Tak try pun sebab entry ni buat laju-laju macam roket. So, semua kawan-kawan bloger saya pun saya bagi free je award ni
 


Petua Ketiak Tidak Berbau


Ketiak berbau??? Eeeee...Busukkkk. Saya ada petuanya. Tapi bukan lah dari saya. Tapi suami. Hish pelik tau ketiak suami tak berbau. Means tak termasuk lah yang masa tengah berpeluh-peluh lari 10 kali keliling padang.



Ni bukan lah nak memuji suami sendiri. Tapi saya pelik lah kenapa dia tak bau hapak kalau berpeluh balik kerja. Saya ni kalau tak pakai deodoran sah-sah la bau tu naik. Bukan main basah lagi ketiak ni...



Suami cakap, kalau time mandi tu. Jangan sabun dekat ketiak. Sabun kat badan je. Dengar macam tak best je kan tak sabun ketiak. Tapi tu lah yang suami buat. Ala orang lelaki. Yang dia kenal sabun je. Shampoo pun entah kenal ke tak. Ni suami saya lah. Lelaki lain kenal kot...


Rahsia Keintimanku




Wah boleh gitu tajuk. Entah tag line produk apa saya curi. Lunch hour berusaha jugak nak pergi cari tablet prawan. Yang intimate wash tu kebetulan terjumpa, amik je la sekali. Sebab nya Kak Ana ada pakai item ni. Dan kalau dia beli mesti buat stok 2 atau 3 botol. Dia kata best. Suami pun suka. Wahhhhh

 


Hari Gaji Hari Bz

Sangat bz hari ini kerana hari ini hari gaji. Kenapa hari gaji kena bz? Hahahaha. Tak tahu lah kenapa bz sangat pagi ni sampai makan nasi lemak pun kena makan 2 kali. Dah makan sekali, lepas tu berhenti jap. Ni baru je lepas sambung balik.


Mana tak bz. Bos nak pergi US malam ni 2 minggu kot. Saya pulak nasib baik teringat nak cuti 10 dan 11 Mei. Sah-sah lah minggu depan dia tak de. Siapa nak sain. So, cepat-cepat lah siap kan surat cuti jumpa manager dan HR bagai. Nasib lulus. Tinggal tunggu bos je sain.


Then, nak siap kan report lagi cepat-cepat nak bagi En. Shahrul. Nak discus itu ini. Okey. Done.


Before tu dah siap-siap bayar hutang online...Habis sudah duit gaji. Hehehehhe

Apr 26, 2010

Pindah

Sejak saya balik HQ, saya memang dah tak de tempat kat sini. Huhuhu. Bunyi macam sedih je. Tak la. Maksud saya, tak de tempat maknanya tak de meja. Tempat saya dulu dah ada orang lain duduk. Maklum lah. Saya kat UTM setahun. Staf kat sini keluar masuk. Maksud nya ada yang berhenti. Ada yang cuti bersalin. Ada pulak staf baru. Maka berangkat lah masing-masing ke tempat masing-masing.



So, managment kena susun atur semula tempat. Yang penting saya dapat tempat best. Ikutkan meja masing-masing kena ada tema masing-masing. Saya ni memang tak reti bab-bab nak hias-hias bertemakan apa-apa. So, temanya kosong je lah...




Ni lah meja saya yang tiada tema. Kosong. Hmmm mayb lepas ni cuma nak letak tema suami dan Rayyan Adam. Huhuhu





 
Gigih mereka mahu mengalihkan sign board

Jadual Padat

Jadual sangat padat bila tiba Sabtu dan Ahad. Meskipun masih dalam mood tidak sihat. Tapi masih boleh melayan aktiviti keluarga.


Hari Sabtu, Kak Ana datang rumah dengan anak-anaknya. Hmmm...Berfikir-fikir apa menu yang nak dipersembahkan. Last-last masak ayam masak kari je. Dah la senang. Dan yang pastinya sedap. Nyum nyum nyum. Gambar ketika bersantap tidak sempat sebab masing-masing sibuk bersantap.



Yang besar kasik main tenet




Yang kecik kasik toys Rayyan Adam




Barulah aman saya nak bergosip dengan Kak Ana





Hari Ahad pulak berkonvoi dengan family suami ke Pedas Negeri Sembilan. Sepupu suami kahwin. Maka, berkumpul lah kami dahulu di rumah mertua saya.


Ini sahaja gambar yang ada, sebab saya malas. Hahahaha. Rumah pengantin pun malas. Cuaca panas

Jemput-Jemput Pisang


Jemputlah makan jemput-jemput pisang


1. Sila copy gambar cekodok di bawah

 
 
 


2. Sebutkan nama Penghantar Sarapan cokodok
Hany




3. Bagi tahu kenapa cekodok pisang menjadi sarapan pilihan anda.....

Kalau saya dah betul-betul teringin atau ada tetamu lain baru lah saya buat. Sebab suami tak suka. Katanya hitam. Dia tak tahu, yang hitam tu lah yang manis. Macam saya...
 
 
 
 
4. Tag game ni hanya boleh di post kan pada waktu pagi sahaja. Sebelum lunch hour. Sebab nanti lunch dah makan nasik
 
 
 
 
 
5. Last sekali,pass kan tag game ni kepada 4 rakan-rakan anda yang lain.
 


 

Kereta Kena Block

Sebelah rumah saya sebelum ni tak de orang duduk. Kosong. So, bila dah kosong saya parking lah kereta saya kat tempat parking rumah tu. Kereta suami pulak kat tempat parking rumah kami.


Beberapa hari ni memang kami ada dengar bunyi-bunyi orang kat sebelah. Mayb dah ada orang baru la nak masuk kan. 


Malam tadi masa suami pergi kerja dalam pukul 10.30 still tak de orang lagi. Tup-tup pagi tadi saya nak pergi kerja pukul 6.30 tengok kereta dah kena block dengan kereta besar. Apa lagi, call suami pung pang pung pang marah suami sebab tak parking tempat lain.


Macam mana ni. Nak bawa kereta suami sah-sah lah kereta dia belum isi minyak. Ni dah lambat dah ni. Karang nak sampai ofis pukul berapa. Ikut kan angin puting beliung ni memang rasa nak langgar je kereta besar ni.


Hmmm macam mana yek. Nak tak nak saya ketuk lah pintu rumah sebelah. Bagi salam. Then, suami dia kot yang buka pintu. Saya minta maaf lah sebab saya parking tempat dia dan saya kata nak keluar pergi kerja. Sombong. Dia tak kata apa pun.


Okey lah, fine. Saya tahu saya salah. Tapi saya dah minta maaf kan walaupun emosi saya pun tegang sebab kereta kena blok. Walhal kan. Kalau dia berfikiran waras, banyak lagi tempat lain yang boleh parking walaupun di bahu jalan. Bahu jalan pun sebelah rumah dia jugak. Tak payah lah sampai nak blok kereta saya. Lagi selamat kalau dia parking tempat lain. Manalah tahu kalau saya rasa macam nak langgar je kereta tu bagi gerak. Tak ke lagi haru.


Saya ada pengalaman tau. Depan mata saya sendiri ada sebuah kereta blok jalan masuk rumah seseorang, tuan rumah tu langgar kereta yang memblok tu. Memang depan mata. Masa tu dia dah tak peduli dah kereta dia sendiri kemek. Ye lah. Marah beb. Saya pun tahu rasanya macam mana pagi tadi.


So, janganlah blok kereta orang. Bahaya. Dah tu suami saya pun emo jugak dengar pagi tadi. Dia kata dia nak balas dendam kat jiran sebelah tu. Hahaha. Mentang-mentang pakai kereta besar. Mesti kaya. Berlagak.


Apr 25, 2010

Kena Makan Jamu

Bila badan saya sering sakit-sakit kebelakangan ni tanpa sebab, mak suruh makan jamu. Hmmmm...mak ni pun satu. Kan dah tahu, bab-bab ubat ni satu kepantangan saya. Memang tak boleh blah la. Masa berpantang tu pun terpaksa dalam rela makan jamu.


Mak kata, badan nak pakai lama. Anak baru satu takkan nak biar je sakit-sakit macam ni. Lantas saya pun tanya lah nak makan jamu apa? Belum sempat mak cakap, saya dah jawab.


Kesimpulannya, saya memang tak nak makan jamu yang tulen. Pendek kata jamu yang akan terasa di lidah dan menusuk di tekak saya memang tak nak. So, saya decide nak continue makan jamu masa berpantang dulu.


6 bulan lepas saya amik set Leesa Formula. Gaji ni nak pergi cari lah Teblet Prawan. Semoga saya bertambah prawan hendaknya.



Apr 24, 2010

Saya Mahu Dauspozi Terjah Blog Saya

Masih dalam mood terjah. Kali ni Saya Mahu Dauspozi Terjah Blog Saya. Saya jumpa khabar ni kat blog budak kecik kat opis saya.



Idea asal program lawatan ni memang dari Ben yang semakin popular dengan segemen penjelajahannya. Cuma kali ni segmen terjah terbaru akan dilakukan oleh Dauspozi.



Kenapa ye saya mahu diterjah 

  • Saya mak budak baru belajar
  • Saya nak tambah followers. Boleh gitu?
  • Saya nak tambah kawan-kawan
  • Saya nak tambah geng
  • Saya nak folow lagi banyak blog lain
  • Saya nak syer cerita saya dan nak tahu cerita orang lain
  • Nak tengok apa yang tak kena kat blog ni 


So, siapa-siapa yang mahu diterjah oleh Dauspozi boleh la join sekali kat sini.


Tak rugi pun... Malah nanti kita boleh tambah kenalan lagi.

Anak Dan Ayah

Ni lah kerja 2 beranak selalu. Tengok, nenek pun buat hal sendiri tengah mengkelim baju








Budak sorang ni memang tahu time orang nak mensnap gambar dia





 

Gambar dari depan pulak






Okey, anak dah penat. Ayah...Sila lah tidurkan ye...

Kenapa Kahwin Awal?

Saya tunang umur 22. Saya kahwin umur 24. Saya dapat anak umur 25. Now, saya 26 hidup saya dah lengkap. Saya dah ada suami. Dah ada anak. Kami anak beranak cuma perlu memikirkan apa lagi yang perlu kami buat untuk menambahkan kebahagiaan keluarga kami. Contohnya, dalam umur yang macam ni, kami sedang memikirkan nak beli rumah. Matlamat kami, sebelum masing-masing umur 30 mesti mahu memiliki sebuah rumah sendiri.


Let say kan, 20 tahun akan datang. Masa tu umur saya 46. Anak sulung pulak dah 20 tahun. May b lah kalau nak terima menantu pun masa umur anak saya 25 tahun lah paling kurang. Ok kan, umur 51 tahun saya dah bergelar mak mertua. Simple kan matlamat hidup kita dalam mengejar usia.


Entry ni bukan ditujukan kepada mereka yang nak kahwin cepat macam umur saya tapi tak dapat jodoh. Tapi ditujukan khas buat mereka yang sombong nak kahwin walaupun dah ada jodoh. Golongan ni pernah berkata kepada saya waktu hari pertunangan saya dan juga ketika menjelang perkahwinan saya. Buat apa kahwin awal? Muda lagi dah gatal nak kahwin. Wellllll.....



Dah tu kan, ada jugak yang kata, masa saya dapat interview DPLI tahun lepas, kan masa tu saya mengandung 5 bulan. So, nak tak nak kena lah ignore je tawaran tu. Ye lah. Kan dah memboyot perut ni. Ada pulak mulut yang kata...Tu lah, belum lengkap lagi cita-cita dah kahwin awal-awal siapa suruh. Tengok sekarang, kan dah mengandung. Hmmm yang berkata tu kan, anak dia tak kahwin lagi tau sekarang. Umur anak dia dah 27. Pakwe pun belum ada lagi. Lantak dia lah kan kalau nak kahwin umur 35 pun. Tapi, ye lah. Kahiwn umur dah tua. Macam-macam hal je nanti karang jadi.


Kata lah, yang berkata tu senior-senior saya. Maksudnya umur diorg sekarang tua setahun dengan saya iaitu 27 tahun. Now, kelam kabut tak korg nak berlaki? Amacam? Umur dah meningkat dah ni. Kejap lagi je nak masuk 30.



So, yang nak diperkatakan di sini, tak rugi okey kahwin awal. Saya bukannya kahwin umur 18 tahun. Lepas SPM dah gatal nak kahwin. Atau macam budak yang baru nak amik PMR yang lari rumah ikut pakwe nak kahwin lari.



Minta maaf sekali lagi pada yang nak kahwin tapi belum ada jodoh. Saya bukan mengata kamu. Tapi saya berkata tentang mereka yang sombong dengan jodoh.


Bubur Bayam

Hari ni putera kesayangan dihidangkan bubur bayam dengan ikan bilis. Rayyan Adam suka makan. Dia tak buat muka kerut-kerut macam orang jakun. Anak mama ni memang pandai makan sayur.









Dah siap....









Tiba-tiba....


Dia ni kan...Sejak dah pandai naik walker, semua tempat dia nak jelajah. Dah tak selamat. Mama kat dapur pun nak dikejarnya...