Seharian hari ni saya ber ym dengan kawan lama. Nama dia Syahrin Abdullah. Hope dia baca blog ni sebab dia pun baru ada blog atas pengaruh saya.
Sangat teruja nak menulis tentang kenangan masa sekolah rendah terutamanya. Bukan tak ingat kenangan sekolah menengah, tapi sekolah menengah saya berpindah randah. So kawan-kawan sekolah rendah la yang paling rapat sampai sekarang, sebab kami sama-sama membesar, bermain sepanjang hari. Mana tak nya, pagi pergi sekolah rendah. Petang sekolah agama. Di Johor, sekolah agama adalah wajib yang mana ianya berasingan dengan sekolah rendah. Jadi daftar lain-lain, yuran pun lain-lain, sekolah pun lain-lain bangunan. Ianya adalah wajib. So siapa-siapa yang sekolah agama sampai darjah khas boleh jadi ustaz tau.
Nama sekolah saya, Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Saya kan, tak sekolah dekat sekolah yang kawan-kawan sebaya kat kampung sekolah. Maknanya saya sekolah tempat lain sorg-sorg kat kampung tu. So, saya tak de kawan kat kampung tu la pendek cerita.
Bila ada facebook ni kan tiba-tiba saya amat-amatlah merindui saat-saat dari darjah 1 sampai darjah 6. Jumpa kawan-kawan sepermainan. Mengimbas balik apa yang kita dah buat kat dalam kelas.
Terus terang saya cakap. Saya amatlah rendah diri nak berkawan dengan kawan-kawan yang pandai, cantik dan hensem. Serius. Nak-nak kalau anak cikgu. Lagi lah rendah diri nak berkawan. Tak tahu pasal apa. Tapi bukan pasal dengki tau. Cuma memang malu. Hahahaha. Saya cuma rapat dengan seorang ni sampai lah dah beranak pinak sekarang. Nama dia Norazila Ramlan.
Ada sorang lagi yang saya rapat. Nama dia Mohd Fakhurzan Abd Rashid. Sejak saya kahwin kan, dia dah tak datang beraya kat rumah lagi dah. Kalau tak dulu tiap-tiap tahun datang rumah. Masa saya bertunang pun dia ada datang. Ni dia pun dah nak kahwin 4 April ni. Hope, ramai lah datang weding dia. Boleh lah nak lepas-lepas kan rindu dengan kawan-kawan lama yang lain. Saya tentu-tentulah wajib datang kan. Katanya pun kawan baik.
Saya kan, kalau kawan-kawan sekolah rendah mesti ingat namanya sampai ke bin dan binti. Mana tak nya, kan kalau sekolah rendah bila cikgu kelas nak ambik kedatangan akan sebut nama sorang-sorang angkat tangan. Kalau tak ada jawapan, maknanya tak datang lah tu. Cakap je nama budak tu, mesti saya akan sebut nama dia siap nama bapak dia.
Adalah sorang teacher ni kan, nama dia teacher Sariyah. Sampai sekarang dia ingat saya tau. Sebab apa. Sebab kemalasan saya. Serius. Saya paling benci subjek BI. Bila dia ngajar kan, saya akan tidur. Automatik. Ngantuk beb. Dia mula lah membebel cakap saya ni kampung lah. Tak nak imporove diri belajar BI. Masa tu tak kisah lah nak cakap apa pun. Tidur tetap tidur. Semua kawan-kawan pun tahu saya ni kuat tidur masa teacher Sariyah ngajar. Yang peliknya saya tak takut tau kalau dia marah. Walhal dia garang tau.
Now, teacher saya nak minta maaf banyak-banyak sebab buat teacher marah dulu-dulu. Teacher pun bangga tengok saya dah berjaya jadi orang dan saya tak malu dah nak jumpa teacher. Dan kalau teacher nak cerita tentang keburukan saya pun tak kisah. Saya tak ambik hati. Saya sedar saya memang malas.
Seronok sekarang contact balik kawan-kawan yang kat Johor, KL, Sabah, luar negara pun ada apis aku tahu ko baca blog aku dan merata tempat lah. Hope kita semua takkan putus kawan sampai bila-bila. Aku sayang sangat korang. Rindu sangat-sangat saat kita membesar. Ni kan....air mata dah nak keluar. Sebab terlalu rindu saat itu.
p/s : bila kita nak buat reunion?
2 comments:
thanks bg promosi percuma utk blog aku yg hambar..insyaAllah penambahbaikan dr semasa ke semasa..klu jumpe kwn2 kt mane2 laman sembang, link la kt aku yer..aku pon rindu mereka.. (tp x sampai nk menangis kot) huhu:-p
tak de niat pun nk promote ok perasan.
Ko jumpa kawan2 lama nanti promote la blog aku lak bagi tahu diorg perkembangan aku
Post a Comment