Semalam pagi mak call cakap badan Rayyan Adam panas. Hati sudah gundah gulana. Petang balik kerja terus balik Air Hitam. Bawa Rayyan Adam pergi klinik. Suhu 38.3. Panas. Demam.
Merengek manja je anak mama kali ni. Muka layu je. Rindu kami suami isteri mak kata. Lagi pun beliau dah masuk 6 bulan. Badan nak berubah arah. Mak kata Rayyan Adam demam sebab nak pandai. Ye lah. Kan kejap lagi beliau nak pandai duduk, nak tumbuh gigi. Karang lepas baik, mesti dia terus pandai merangkak mak cakap.
Malam tadi buka 2 kipas tala kat badan Rayyan Adam. Kami kesejukan. Tapi apa nak buat, nak hilangkan panas badannya, terpaksalah. Mujur pagi ni pergi kerja wajah dia mula ceria balik. Makan ubat pun kena bagi slow-slow. Kena ikut rentak dia. Macam tahu je ubat tu tak sedap muka suka sangat dikerut-kerutkan.
Sayang tunggu mama eh esok petang mama balik lagi jumpa Rayyan Adam bawa balik Melaka jumpa ayah eh.
Muka layu Rayyan Adam pagi tadi
5 comments:
AlaAA...CiAn NYa kAt rayyAn...dEmAm RinDu KoT tU...
mayb la rindu. saja je dia ni nk manja2
semoga rayyan cpt sembuh..
budak selagi tak setahun mmg kerap demam
cian nyer ank ayah. adam cpt baik tau. t jumpe ayah leh main puas2.. sayang anak ayah nie
-ayah rayyan adam-
gee ryder : tq
abg : cian anak kita kan bang
Post a Comment