LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 3, 2014

Salam

Salam Ramadhan. Bertemu lagi kita di sini 

Ni yang malas nak buka blog tengah-tengah hari. 

Banyak betul gambau makanan!!! Kbai

Apr 23, 2014

30

Alhamdulilah usia menginjak satu lagi angka. 30 ok 30!!!!
Dulu tengok orang umur 30 macam dah tua sangat je. Bila terkena batang hidung sendiri, tak de la tua sangat!!!


Tanggal 29 Mac 2014 memang berada di kampung halaman. Kebetulan mak buat kenduri. Sambut bersama adik beradik sendiri sangat la terharu berkumpul beramai-ramai.


Masalah utama pada hari kejadian ialah si anak dara yang langsung tak sporting. Kalau boleh nak bergayut 24 jam dengan mama. Orang lain tak boleh kacau mama! Huh!


Erkkkk seperti biasa layan je la gambar nya ye

Ini kek sangat sedapppppp!!!! Decoration mestilah simple memandangkan ini sambutan hari tua yang ke 30



Nampak terliur takkk???



My jantung hati!!!!




Dan simbolik nya hadiah hari jadi ke 30 ialah mekap. Nampak sangat laki aku suruh aku solek cantik-cantik takut bini nampak tua. Hadiah fresh panas-panas dari Korea. Kiriman dari kawan suami dari Korea

Apr 21, 2014

Ada Ni


Fuh fuh fuh!!!!


Soalan.

1. Eh kenapa tak update blog lagi
2. Eh dulu ada blog kan? Mana pergi blog tu?
3. ?????



Jawapan

Ada ni ha.... Ada tak pergi mana-mana pun. Ceritanya banyak kat fb. Lepas tu dah ada instgram uols. Meh la follow iols @aszbard



Bila ada org tanya, iols terasa glemer hokey. Tu maknanya iols ada jugak silent reader. Sila muntah!!!


Jan 23, 2014

Dhia Topia

Rayyan Adam masih lagi pelat... But still boleh faham apa maksud yang dia sampaikan...

Ramai jugak yang tanya, kami suami isteri cakap pelat ke dengan beliau. Jawapannya harus lah tidak...

Berkemungkinan besar adalah kerana darah yang mengalir dalam darahnya, lebih terarah kepada ayahnya. Ayahnya dulu pun pelat jugakkkkk...

Tak apa lah. Janji Rayyan Adam boleh bertutur, faham dan boleh terima arahan....

So, dek karena kepelatannya....

He call his sister with name Dhia Topia!!!

1st Time Demam


Ini lah wajah anak perempuan kesayangan saya yang pertama-tama kalinya mendapat pekej 3 serangkai; demam+selsema+batuk.


Setelah berusia 7 bulan++ emak bapak diduga amukan si baby di kala malam-malam buta.


Kesabaran teruji. Merengek. Menangis. 


Dan yang pasti, anak perempuan saya lebih manja dari anak lelaki saya.... 

Jan 9, 2014

Majlis Cukur Jambul Dhia Sofea

Assalamualaikum...


Alhamdulilah termetrai jugak majlis cukur jambul buat sang puteri Dhia Sofea di kampung halaman mama, Johor.


Ternyata, semua ni adalah rezeki dari Allah untuk setiap anak yang lahir...


Sepatutnya saya merancang untuk setiap majlis anak kami yang kami rai kan, saya akan memakai semula baju pernikahan kami. Tapi apakan daya, perut sang suami yang semakin meninggi, menidakkan impian saya :(


Eh saya selim lagi tau. Muat je....


So, baju mak bapak pakai je la apa yang ada. Untuk tuan puteri khas didatangkan dari Korea. Cewah... Dan buat sang putera, puas mama nya meronda cari baju melayu yang senada.















Dec 19, 2013

Korea

Kan dah kata, ini adalah edisi rajin

Dah la rajin update blog, rajin pulak edit gambar. Rajin tak? Rajin tak???


Ok la, jom kita share story mory yang low class ni. Cerita pasal Korea

Eh bukan kita yang pergi. Mana iols ada pitih nak pergi sendiri. Ini Encik Suami yang pergi atas urusan kerja. Compony support boleh la nak pergi secara free.


So, kejadian berlaku masa betul-betul jatuhnya Hari Raya Haji. Adalah sangat sedih bila mendengar takbir raya hanya bertemankan anak-anak tanpa suami di sisi. Eh tapi weols import jugak mak dari kampung supaya dapat menemankan saya kelam kabut menjaga 2 orang anak.


Layan je la gambar. Nak cerita pun, bukan aku yang pergi. Sebab nak cerita kat sini, sebab apa hadiah yang kita minta semua beliau belikan. So, mestilah berganda-ganda sayang nya pada beliau!!!





Makanan halal adalah mahal nak mam***. Nasib baik semua nya ditaja. So merasa la jadi VVIP sekejap








Bersepah bilik orang jantan duduk


Kedai-kedai jual keronsang. Ni kalau aku yang masuk, mahu blink blink bijik mata





Gelagat peniaga baju sejuk nak tarik perhatian pelanggan. Murah gila. Suami belikan saya selai 15 hengget. Saya memang penggemar baju sejuk. Tak tahu kenapa. Pada hal pakai time tengok wayang jek

Eh nasib baik baju kat dada orang ni tak terbuka butang baju nya macam baju skandal Adi Putra tu kan





Dan ini adalah part yang paling best, bila saya dapat apa yng saya minta!!!

Tapi semua yang dia beli, apa yang saya tulis je. Memang dasar orang lelaki tak reti nak tokok tambah. Kalau aku, mesti tak bawak balik barang sesen pun duit shopping!!!




Yang paling saya suka The Face Shop tu. Minta nya 3 barang. Tapi butik tu banyak bagi free gift. Biar la jarang bersolek pun. Janji dapat barang made in korea.

Then baju perantin anak dara pun sangat cantik. Pandai suami pilih color peach kegemaran hamba....

Part keronsang tu memang la saya senaraikan beli 2. 1 saya, 1 mak. Tapi kau dah tahu murah, kau beli je la lebih. Sudahnya saya bagi je mak dua-dua. Sian pulak mak dapat 1 jek...

Eh nanti engineer dari Korea mahu datang Malaysia pulak, saya dah senaraikan dah barang apa yang saya nak. Mestilah nak kirim The Face Shop lagi. So, Encik Suami, sila la bayar ye....