LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 13, 2012

Bukan Senang Untuk Menjadi Baik. Bukan Susah Untuk Menjadi Jahat

~Bukan senang untuk menjadi baik. Bukan susah untuk menjadi jahat~

Anggap sahaja lah dugaan yang diberi ini adalah usaha untuk aku menjadi baik. 

Baik di mata Allah

Baik di mata suami.

Baik di mata mak.

Baik di mata anak



Walaupun bukan baik di mata siapa-siapa. Sesunggunya aku hanya perlukan orang-orang ini sahaja yang menilai diri ini.



Niat aku. Tujuan aku. Hati aku. Segalanya hanya untuk mereka. Tiada yang lain selain dari mereka.



Akan ku cuba meletak tahap tertinggi untuk Tuhan ku, suami ku, ibu ku dan anak ku. 



Ya Allah jika benar ini ujian Mu untuk ku sentiasa mengingati Mu Ya Allah, tabah kan la hati aku mengharunginya. Jika tiada pertolongan dari Mu sesengguhnya aku tidak mampu Ya Allah...

Jan 12, 2012

Majlis Perasmian

Bila kita menginginkan sesuatu, maka rajin-rajin lah kita berbisik di telinga sang pencinta. 


Contohnya apabila saya menginginkan sebuah oven bercirikan tak kisah la janji oven, maka start daripada hari keinginan itu saya telah mengucapkan kata-kata pujangga ke telinga suami. Ibarat berzikir lagaknya.


Begini ye puan-puan
  • Abang...sayang nak oven
  • Abang...abang kan suka makan kek. Kalau ada oven kan senang. Sayang boleh buat kek sendiri
  • Abang...raya ni tak best la beli kuih raya beli jek. Abang kan suka makan sarang semut. Tak raya pun sayang boleh buat. Makan hari-hari
  • Abang...nak makan ayam bakar la. Tapi tak ada oven. Kena goreng jek
  • Dan sebagainya ye puan-puan

Maka ayat-ayat tersebut dok berulang ulang ulang ulang di cuping telinganya. Kahkahkah!!!!


Sehingga!!!!!! Poket dia penuh. Jangan tunggu lama. Terus sahaja membawa tuan punya duit ke kedai toke cina. Yeba yeba!!!!




Kan dah kata. Saya ni jenis menepati janji. Anak sulung dari oven ni kenalah sedapkan tekak suami. Suami saya memang hantu sarang semut. Alhamdulilah. Dapat jugak meneydiakan juadah kegemaran suami




Pesanan khidmat masyarakat : Perkara di atas tidak boleh diamalkan selalu ye. Boleh mendatangkan mudarat kepada kedua-dua belah pihak. Apa pun ikut lah kemampuan masing-masing. Yang baik dijadikan teladan. Yang jahat dijadikan sempadan. Pis yo!!!

Entah

Rasa nya sedikit nak beremosi hari ni. Entah la. Segalanya bercampur baur. Bertindan-tindan. Walhal segalanya nampak tenang.


Nak diluah pun tak tahu bagaimana cara nya. Nak melontar segalanya kalau boleh. Tapi di sini bukan tempat nya. Segala macam orang ada kat sini. Segala macam orang yang akan membaca. 


Jadi segala taipan harus la ditapis walaupun hati meronta-ronta untuk merempan di sini.


Apa lah salah apa lah dosa jika yang dituntut itu hak kita. Hak kita yang dipinjam. Bagaikan meminta sedekah gamaknya. Untuk menghalalkan hati belum terlalu kuat. Malah sentiasa seperti menambah dosa merungut-rungut di dalam hati. Terkadang ada juga menyumpah seranah (hanya dalam hati).


Saya bukan siapa-siapa untuk sentiasa berbuat baik. Tapi saya cuba dan cuba. Cuba untuk menjadi baik. Tapi tu lah. Syaitan berada di mana-mana membisikkan kata-kata berapi kepada anak cucu Adam.


Masih cuba lagi menjadi penyabar terbaik untuk diri sendiri. Hanya diri ini sahaja la yang mampu menjadi penyokong kuat. Nampak gaya penyokong yang sedia ada selama ni pun sudah beralih arah. 


Jadi segalanya adalah kosong.......

Baby Lemas

Malam tadi lebih kurang dalam pukul 10 lebih 2 orang kawan sms. Mengkhabarkan berita yang tak terduga. 


Kawan lama saya dari darjah satu sampai lah masuk sekolah teknik baru sahaja kehilangan anak sulung beliau lingkungan umur setahun. Puncanya lemas dalam bilik air di rumah pengasuh.


Ya Allah!! Masa ni tidak lain tidak bukan terus teringat Rayyan Adam. Hanya Rayyan Adam dan Rayyan Adam.


Sebagai seorang ibu tentu sahaja saya terusik dengan berita-berita yang sebegini. Apatah lagi perkara yang berlaku terjadi pada kawan yang memang saya kenal. Mungkin pagi ni jenazah sudah selamat dikebumikan.


Baru sahaja beberapa hari lepas saya tengok gambar baby di upload oleh mama nya. Betapa luluhnya hati seorang ibu bila pagi hantar anak dalam keadaan sihat. Petang pulak lain jadi nya.


Tapi ye lah. Siapa lah kita menolak takdir Tuhan. Semua di atas dunia ni pinjaman semata-mata. Cepat atau lambat akan ditarik juga akhirnya.


Takziah buat sahabat ku Noor Azura Mohd Aliman dan sesungguhnya Muhammad Qayyum Zikri menanti kau di sana Zura. Tabah kan hati sahabat ku ini Ya Allah.

Jan 11, 2012

Pink+Purple And White+Green

Alhamdulilah rezeki di tahun baru. Rezeki di rumah baru. Ada jugak orang order 200 pcs apam polka dot. Ni keluaran pertama di rumah baru ye. Walau pun penat, letih, cuba jugak untuk menyiapkan tempahan. Syukur...


Oh ye masa ni mak saya stay kat rumah saya tau. Jadi, masa hantar apam ni untuk customer tepaksa bawak mak sekali. So, mak duudk diam-diam dalam kereta. Sebab nya tempat customer tu jauh jugak la dari rumah saya. Kat Tangga Batu nun jauh di sana. Mak ok je...Ye la nak tinggal kan mak sorang-sorang tak ke seriau nama nya tu.


Theme color yang diminta 1 set pink+purple and 1 set white+green. Yang white+green betul-betul menguji kesabaran. Huhuhu. Mana tak nya. Saya guna color green apple. Tak naik le color nya dengang white. So, terpaksa membuat sekali lagi adunan guna color dark green. Mencari la di kedai. Alhamdulilah menjadi.









So, ada sape-sape orang Melaka yang mahu order ini apam? Murah saja. Min order 100 pcs RM25. Kalau sudi sila sms saya kat sini 012-7506472. Penghantaran percuma kalau anda berada di area Melaka Tengah. Tapi kalau sampai Sungai Udang or Jasin or Alor Gajah atau seangkatan dengannya, saya tambah cas RM5 k. Atau pun boleh je buat perjanjian anda mahu pick up di mana.



Filling ada macam-macam. Coklat cip, strawberry, blueberry or kaya. Sedappppp... Yang pasti kanak-kanak sangat suka makanan ini.

2012


Oppppsss dah 11 Januari baru nak update ye cik kak oi. Huhuhu. Tak pe la. Apa pun sekarang masih dalam mood tahun baru lagi kan. So, selamat tahun baru ye kawan-kawan.


2012 everything is new for my little family.


1st of course for si kecik yang hensem tu. He was at school. So mencuti la emak nya bagai kan anak nak masuk darjah 1. Siap ada orientation kau.... Tapi orientation for mak bapak la kan. Untuk anak nak buat apa. Bukan reti apa pun lagi.



Budak yang dah pergi school tapi melalak minta tolong mak bapak nya bila teacher start peluk dia



Then, of course the big change in our life bila tepat-tepat 1 Januari kitorg dah pindah masuk rumah baru. Alhamdulilah. Syukur sangat pada Mu Ya Rabb. 


Style saya bila pindah memang takde pakai kotak or mencari kotak. Serius pemalas nak buat susun atur kat dalam kotak. Lantas, plastik sampah adalah pilihan utama untuk melanting barang-barang yang ada. Ni bilik pertama ok.


Bilik kedua. Juga plastik sampah lagi


Dan ini hasil keseluruhan plastik yang akan dipindah masuk rumah baru.



Siapa suka pindah rumah angkat tangan tinggi-tinggi!!!! Oh!!! Saya tak suka pindah rumah. Penat mak datuk. Dah la yang packing semua barang adalah saya seorang sahaja ok. Suami saya tak de bakat langsung bab mempacking barang. 



Ya Allah pindah rumah betul-betul menguji kesabaran saya. Dengan tak sihat nya. Tapi kena sabarrrrrrrrrrrrrrrrr..... Dengan anak nya super pengacau.


Tengok la ha mahu tak super duper pengacau. Sibuk mak bapak nya mengemas, dia ada hal dia sendiri.



Setel hal pindah masuk rumah baru. Alhamdulilah. 



Kemudian kami semua berkumpul adik beradik kat kampung. Tapi kat rumah abang Didik. Buat kenduri doa selamat sikit untuk mak. Majlis untuk mendoakan kesihatan mak kembali sembuh. Semoga doa semua termakbul. Juga buat sedikit tahlil untuk kalangan keluarga yang telah pergi. Harap arwah abah dan arwah Abang Ngah tenang di sana. Terima kasih juga buat abang Didik sebab sudi membuat tahlil untuk kedua-dua arwah mertua saya. 




Waktu membaca yasin sebak sangat-sangat mengenangkan segala ujian yang Tuhan beri kepada kami semua. Juga saya saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menziarah emak saya yang kurang sihat. Kepada sedara mara. Kepada kawan-kawan saya. Kepada semua kenalan. Semoga semua nya mendapat ganjaran pahala dari Yang Maha Esa. Sesungguhnya ganjaran untuk orang yang menziarah orang sakit itu pasti dalam genggaman.


Ok nk stop pasal mak. Sedih. Apapun hati saya kena kuat. Hati saya kena tenang. Saya kena jugak sebab saya nak mak sentiasa gembira. Tak kisah la ajal siapa yang sampai dulu. Kita tak boleh nak duga takdir Tuhan. Tapi sekurang-kurang nya saya akan usaha seberapa daya untuk mak walaupun hati saya, badan saya yang terluka. Insya-Allah