LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jan 31, 2011

New Year Giveaway By KedaiGambarKami Part 1(27 Disember 2010 - 28 Jan 2011)





Yang ditunggu telah tiba. Memang exited bila dah nampak depan mata. Sangat cantik dan best sangat-sangat lah. 1st dulu nak buat sebab hp hilang. Terus cari idea macam mana nak simpan gambar-gambar yang masih ada dalam simpanan. Nasib lah yang ada ni sempat masuk dalam laptop.




So... Jeng jeng....

 






Kredit pic : kedaigambarkami



Serius bila tengok balik pic Rayyan Adam masa fresh lagi, rindu yang amat sangat. Terharu. Sebak. Semuanya ada. Nak-nak lah hasil photobook ni sangat bombastik. Walaupun dengan gambar hp 2mp sahaja. Tetapi... cewah cewah!!! Hahahha. Cantik okkkkk. Berbaloi tau. Memang tempahan seterusnya akan di buat dari semasa ke semasa mengikut kemampuan.


So, siapa-siapa yang berminat boleh je nak tempah kat kedaigambarkami. Now ada promosi tau. Jom jom jommmm...



It's more than meets the eyes!Jom ke KedaiGambarKami(www.kedaigambarkami.com) sekarang!"

Jan 27, 2011

Cerita Hantu

Tengok cerita hantu malam-malam Jumaat ni teringat zaman kecik-kecik dulu. Penakut ya amat. Sekarang pun takut jugak. Tapi dulu teruk nau takutnya.



Ingat lagi kalau tengah malam terbangun nak kencing ke, nak berak ke. Punyalah takut pergi bilik air. Walhal bilik air dalam rumah. Bukan luar rumah. Terngendap-ngendap ketuk bilik abah. Minta abah teman. Mak? Jangan harap lah mak nak teman. Ada kena bebel minta mak teman.



Serius mengada-ngada. Tabiat ni memang sampai ke sekolah menengah. Still takut nak pergi bilik air kalau dah tengah malam. Yang best nya, abah pasti akan bangun teman kan anak kesayangan dia ni nak terkencing tengah-tengah malam.



Tu belum kira masa zaman kanak-kanak. Hahahaha. Jam baru pukul 9 malam pun tetap terpekik mintak abang dengan kakak teman kan. Kelakar. Kalau boleh nak diorg dok depan pintu bilik air. Bagi nampak muka. Tak pun, sambil berak, kejap-kejap tanya dia ada lagi tak kat depan bilik air. Hahahaha


Tapi diorg jahat tau. Kadang-kadang mula-mula je diorg teman. Lepas tu masa saya tengah berak dia tinggal kan je. Bila sedar je diorg tinggalkan pergi depan, mahu aku tak meraung nangis kuat-kuat. Hahahaha. Padan muka. Kena marah dengan mak dengan abah.

Migrain + Gemuk


Keadaan diri semakin tertekan bila setiap masa berat badan semakin bertambah. Ditambha pula dengan migrain yang berpanjangan. Hanya berpandukan ubat migrain sahaja kala ini.

Iqra'




Rayyan Adam sangat suka membaca. Just show him the numbers or any words. Dia akan cuba  membaca. Sambil jari telunjuk menunjuk-nunjuk bahan bacaan tersebut. Walaupun yang keluar adalah bahasa Jerman. Tapi dia still dengan dunia nya.



Yes. Dia boleh jadi khayal dengan bahan berbentuk huruf atau nombor. Tak kira la rupa bentuk bahan tersebut. Perangai membaca ni, mungkin merujuk emaknya yang suka membaca blog gamaknya. Hahahha.



And 1 thing is, ayah Rayyan Adam hanya boleh menidurkan Rayyan Adam dengan cara membaca buku. Betul lah kan. Tengok cerita kat drama-drama tu. Kalau nak tidur kan anak. Ajak dia baca buku. Konpom lah tidur wei.


I'm happy with his development. Best tengok anak suka baca buku. Now dah 3 bijik buku saya beli untuk dia. Semua yang keras material nya. Maklum lah kan. Paham-paham je la yek. Mak nya takut koyak.

Kek Batik Batu Permata

Sekali lagi mencuba kek kegemaran suami tercinta. Walaupun orang yang handal kata petik jari je buat kek ni. Tapi pagi saya yang tak pandai petik jari, masih belum menjadi lagi keberhasilan kek tersebut.



Kali pertama menghasilkannya adalah seperti sebuah kolam. Dan kali ini boleh diibaratkan seperti batu permata. Hahahahaha.... Sila tahu ye. Ciri-ciri batu permata ialah keras. Makanya kek ini boleh diistilahkan sebagai kek batik batu permata kerana ia bercirikan keras. Hahaha. Nama kek kenalah sedap didengar tapi tak sedap dimakan.

Tertonggeng

Walau apa pun yang terjadi. Walau ribut datang melanda. Walau taufan membadai. Budak kecik ni tetap tertonggeng. Bila tertonggeng, diri nya seperti di awang-awangan. Makanya, tidurnya juga menjadi semakin lena.



Orang kata, baby tidur menonggeng ni ada cacing dalam perut. Huhuhu.. Betul ke puan-puan?



Entah-entah budak comel yang tidur tertonggeng ni terkenan kot masa dalam perut mama dia. Hahahahaha. Tapi tak ingat la terkenan sape


Tengok lah haaaaa... Semua gambar-gambar budak kecik ni tertonggeng. Semua gambar ni pun berlainan masa. Maka, memang setiap masa akan terjadi adegan menonggeng





Dan yang paling penting, kekasih gelap nya ELI tetap setia menemani tuan putera ini.


Jan 26, 2011

Rayyan Adam Photobook - New Born


Yang ditunggu telah tiba. Memang exited bila dah nampak depan mata. Sangat cantik dan best sangat-sangat lah. 1st dulu nak buat sebab hp hilang. Terus cari idea macam mana nak simpan gambar-gambar yang masih ada dalam simpanan. Nasib lah yang ada ni sempat masuk dalam laptop.




So... Jeng jeng....

 






Kredit pic : kedaigambarkami



Serius bila tengok balik pic Rayyan Adam masa fresh lagi, rindu yang amat sangat. Terharu. Sebak. Semuanya ada. Nak-nak lah hasil photobook ni sangat bombastik. Walaupun dengan gambar hp 2mp sahaja. Tetapi... cewah cewah!!! Hahahha. Cantik okkkkk. Berbaloi tau. Memang tempahan seterusnya akan di buat dari semasa ke semasa mengikut kemampuan.


So, siapa-siapa yang berminat boleh je nak tempah kat kedaigambarkami. Now ada promosi tau. Jom jom jommmm...

Jan 24, 2011

Rindu Itu Tidak Pernah Indah

Siapa kata rindu itu indah? 
Siapa kata rindu itu mengasyikkan. 
Sedangkan saya tidak pernah menikmati rasa rindu. 
Rindu itu tidak pernah indah. 
Rindu itu hanya menyiksakan. 
Jiwa raga rasa terbatas atas ruang rindu.
Rasa rindu yang ada hanya mencengkam dada.
Hanya mampu ditangisi.
Tanpa mampu dimiliki apa yang dirindui.




Jan 21, 2011

Buat Susu Cair-Cair

Kan Rayyan Adam merajuk tak nak minum susu masa saya test kan Friso Gold hari tu. Dalam masa sehari dari pagi sampai ke nak tidur pukul 12 malam cuma minum 2 kali je. 12 oz. Mahu tak panik.


Kesian gila masa nak tidur dia merengek-rengek. Biasa rengekan tu rengekan nak susu. Tapi dia tetap jual mahal lagi. Sanggup minum air masak je. Kepala otak ni pun dok berfikir la. Macam mana nak buat dengan anak kecik ni



Last-last cakap dengan mak, kita buat susu cair-cair je la. Biar dia rasa macam air masak.  Nampak? Geliga tak. Memang dia nak. Tapi mula-mula dia ingat kena tipu jugak la kan.



Nanti lama-lama kita pekatkan lah balik sukatan susu tu. Now kitorg buat 6 oz air = 2 skop susu

Jan 20, 2011

Tak Jadi Tukar Susu

Serius gelabah. Gelabah sebab semalam try la sample susu Friso Gold bagi Rayyan Adam. Budak ni dah tahu rasa la. Dia nak muntah. Muak. Lepas tu suami pulak rasa. Memang sah. Muak. Tak sedap. Saya ni memang lah geli tengok orang minum susu tepung. Nak minum sendiri apatah lagi kan.



Bila Rayyan Adam tak nak minum susu tu saya terus buang. Buat balik Anmum. Merajuk. Tak nak terus minum. Dia takut kena tipu. Dari semalam sampai pagi ni dia tak nak minum susu. 


Kiranya pagi ni saya gelabah tahap Mak Temah punya lah. Maaf kan sayang eh mama. Mama janji tak buat lagi. Kan hari tu mama kata nak try susu lain jugak kan. Dah lah. Mama yang serik. Tak nak dah buat anak mama ni merajuk lagi. Tak pe lah kita minum je Anmum ni. Kalau sayang susah tidur pun tak pe. Janji sayang minum susu.


Sory ye sayang

Jan 19, 2011

Surat Untuk Suami ku

Suami ku yang disayangi, 



Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya. 



Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak  menghormatimu apatah lagi membencimu… tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah. 



Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak. 



Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini. 


Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang. 



Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?



Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci. 



Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid… Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah. 



Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbangan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?




Suami ku,



Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini. 



Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!



Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku. 

Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu. 



Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.



Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan. 



Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini… Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?




Suami ku, 


Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu. 



Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang… di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang? 



Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu. 


Jika dalam surat ini ada kesedihan… ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran… itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan…



Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya. 



Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan! 



Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…



Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.






Hasil nukilan Genta Rasa

Jan 18, 2011

Khurafat - Shamsul Memang Hensem




Siapa dah tengok cerita Khurafat? Angkat tangan!!!



Khurafat best sebab Shamsul hensem. Boleh gitu? Eh tapi memang best lah. Tak sia-sia ajaran bapak dia. Memang menjadi lah kali ni. Cumanya ni baru filem kedua dia yang saya tengok. Yang 1st dulu KL Drift kot. Best gak. Sebab excident dia real. Tak macam Impak Maksima. Kartun je lebih.



So, nak cakap pasal Khurafat ni kan. Siapa yang penakut tu tak payah la pergi tengok. Buat gugur jantung je. Memang la ada takut yang terkejut-terkejut. Tapi tak banyak sangat. Dia memang takut lah.



Sekurang-kurangnya kan, cerita ni mengingatkan saya tentang mati tau. Tak caya, pergilah tengok. Eh ni kalau berani je tau boleh tengok. Kalau tak berani tak payah lah. Kan dah kata tadi. Takut.



Then kan, sebab apa saya kata Shamsul hensem. Sebab nya part yang dia menangis meratap jenazah dia yang dah mati tu kan. Oh berjaya meruntun jiwa saya yang cengeng ni. Kan dah kata saya ni ratu air mata. Memang saya menangis lah masa part yang tu. Entah-entah saya sorang je kot yang nangis masa part tu. Masa tu betul-betul lah menghayati rupa paras Shamsul yang hensem tu. Maknanya kan dia berjaya kan dalam lakonan tersebut.



Oh satu lagi nak bagi tahu. Meh la sokong cerita Melayu. Ye tahu cerita luar pun best jugak. Saya pun layan jugak. Cuma tak payah lah terlalu taksub sangat sampai kata filem Melayu ni entah apa-apa. Tu je la kot pesanan penaja.


Nak Tukar Susu

Pung pang sana sini saya baca orang kata susu Anmum ni hyperaktif. Ok lah. Malas nak percaya. Still bagi Rayyan Adam Anmum Step 1,2 and now 3.



Tapi sejak masuk step 3 makin menjadi-jadi lah. Bukan jadi hyperaktif tau puan-puan. Dia jadi susah tidur. Susah gila. Tak kira siang, tak kira malam. Adeh. Tak larat mak bapaknya. Termasuk neneknya.



Ini memang masalah utama kami sekarang. Rayyan Adam susah tidur. So, saya pun tertanya-tanya. Adakah ini petanda bayi hyperaktif? Inikah akibat daripada susu Anmum tersebut.



Makanya sekarang, sibuklah mensurvey susu formula mana yang best yang kami mampu milik. Terus terang kata, saya ni jenis terpengaruh dengan iklan sikit. Huhuhu. Susu Anmum dulu pun sebab terpengaruh dengan Wardina. Hahaha. Nak-nak dia jadi sponser Tom-Tom Bak.



So, now ni tengah berkira-kira nak tukar kan susu Rayyan Adam. Setakat ni yang menjadi pilihan Friso Gold Step 3. Dah pergi survey harga semua. Ok lah. Mampu kot nak spend RM200++ sebulan untuk susu anak. 



Tengok jugak Mamil Gold Step 3. Terus terang je la. Tak mampu kot. Kesian kat suami sebab dia yang membeli kan. Tak nak lah semua tala kat dia. Tapi ni tengok lah dulu. Sebab saya baru je amik sampel Friso Gold Step 3 tu. Nak tengok Rayyan Adam nak tak minum. Nak tengok dia muntah ke tak. Setakat ni Rayyan Adam boleh dikira sejak lahir berapa kali je dia muntah. Lepas tu nak tengok berak dia ok ke tak.



Kalau tak ok, nak try Enfgrow pulak. Dan kalau tak ok jugak try lah Mamil Gold kot. Tapi ni memang ke arah Friso Gold je la kot. Lagi pun dia kan brand Dutch Lady. Sedap kot. Hahaha. Mandai je kan. Ala satu lagi, kan kat Nuffnag pun orang banyak cakap pasal Friso Gold ni. Ha kan dah kata. Pengaruh iklan.

Jan 17, 2011

Otomennnn!!!!


Ikan Tanpa Kepala

Kan katanya kalau makan kepala ikan tak elok untuk otak la. Jadi pelupa lah. Jadi bodoh la. Lepas tu untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak lagi la tak elok kan. Jadi, untuk permulaan menu anak kami yang dah mula pandai makan semenu dengan mak bapaknya. So, kami suami isteri pun kata lah, lepas ni kalau masak ikan buang kepala siap-siap.




Maka, jadi lah macam ni ropenye. Ni baru permulaan je tau. Belum serius sangat pun. Maksudnya ikan yang akan dipenggal kepalanya siap-siap ikan yang kecik-kecik je la. Macam ikan selar, ikan kembong, ikan kerisi dan sewaktu dengannya. Kalau ikan mahal-mahal sayang nak buang kepalanya. Huhuhu.. So masak asing la kepala ikan yang besar-besar tu macam ikan parang or ikan terubuk. 






Bukannya apa, buat macam ni. Rayyan Adam kan dah mula makan lauk pauk yang saya masak. So, benda yang kita boleh jaga pemakanannya, kita jaga. Mana yang kita tak reti nak buat macam mana. So, benda simple yang menentang arus macam ni la kita kena pandai aturkan. Tak gitu.


 Ni gambar terdekat ikan yang telah dipenggal 

 

Terima Kasih Sayang

Pagi tadi nak pergi kerja suami cakap terima kasih sayang. Terima kasih sebab jaga abang seminggu ni abang sakit.



So sweet kan. Huhuhu. Apalah abang ni. Kan abang tanggungjawab sayang. Cewah. Terbalik lah pulak eh. Tak de lah. Memang betul. Kita kan saling melengkapi. Abang jaga sayang, sayang jaga abang.



Apa yang penting kerjaaasaaamaaa...



Dan yang paling penting sekali, kita jaga ye rumahtangga kita. I love u so much more than everything. Muah muah muahhhhh!!!

Pasangan Pengantin Baru Meninggal Selepas Menikah Kat Siam

Ni adalah cerita benar ye puan-puan. Dapat berita adalah pasangan ni baru kahwin kat Siam. Sebabnya kawen dengan laki orang kan. So, bila kawen tanpa pengetahuan isteri pertama, makanya kawen lah kat Siam.



Takdir Tuhan kan. Melebihi segala-galanya. Tuhan lebih tahu apa yang telah ditetapkan. Dalam perjalanan balik dari Siam, pasangan ni kemalangan. Dah ajal kan. Dua-dua meninggal.



Terkedu bila mendengar berita ni. Terkedu kerana saya juga seorang isteri. Saya juga seorang perempuan. Apalah daya isteri meratap kehilangan suami yang baru je buat kesalahan.



So, nak sedih ke nak marah. Mesti kecewa sangat-sangat kan. Mesti bertahun-tahun untuk merelakan segala Qada' dan Qadar Tuhan.


Apa pun takziah buat mereka. Al-Fatiha. Semoga roh keduanya dicucuri rahmat Tuhan. Amin.

Jan 15, 2011

Perkembangan Suami

Sepanjang minggu ni saya EL 5 hari. Apa nak kata kan. Malang tak berbau. Ingat lah nak jimat-jimat cuti sebab tahun ni banyak nak pergi holiday. Tapi best jugak sebab sepanjang masa boleh duduk dengan suami dengan anak.



So, perkembangan suami ok-ok saja. Maksud ok-ok saja, boleh lah jalan, makan, tidur sebab makan ubat. Masa hari kejadian saya hantar suami ke panel klinik yang berdekatan yang buka 24 jam. Ye la masa, kejadian tu lebih kurang pukul 7 pagi.



Macam biasa saya kurang menyukai panel klinik ni yang cek gitu-gitu je. Maksudnya, dia cuma tanya ada pengsan? Ada pakai helmet? Then, cek kaki suami yang bengkak. Cuci luka oleh pembantu secara kasar. Inject 1 dos. MC 2 hari. Lain? Tak de. Ini doktor India ok



Pada pandangan mata kasar la kan. Sepatutnya doktor ni boleh keluarkan GL untuk x-ray kaki suami saya yang bengkak tu. Tapi...Hanya MC 2 hari. Disuruhnya suami rehat. Walhal benda tu boleh disiasat.



Masuk hari kedua, suami mula sakit-sakit badan. Sepatutnya saya dah mula kerja. Tapi dengar rengekan suami. Saya mula mencari tukang urut lelaki kat Melaka ni. Ye lah. Tukang urut perempuan banyak lah. So, saya contact la mana-mana orang yang saya kenal tanya itu ini.



Lepas urut, pergi klinik panel yang biasa kami pergi kat Jasin. Ni bukan bias or nak cakap pasal bangsa ok. Yang ni memang kami selalu pergi. Apa yang saya boleh katakan, doktor ni betul-betul menjalankan tanggungjawab nya sebagai doktor. Walaupun bukan sebagai klinik pakar dan hanya cas yang murah sahaja. Tapi layanan yang kami dapat seolah-olah kami pergi ke klinik pakar. Ini doktor Melayu.



Then doktor macam suspek something. Kemungkinan jari kaki suami macam patah. Terus keluar GL dan kami terus ke Hospital Pantai untuk x-ray. Hari pertama x-ray, everything is ok. Tapi keesokkan harinya, hospital call back kata ada suspek patah kat tulang rusuk kiri.



Ni kitorg dah mula risau-risau. Sebab nya kalau tulang rusuk menurut kata doktor tempat yang bahaya sekali. Sebabnya kat situlah tempat segala organ penting. Kalau patah, takut tercucuk kat mana-mana organ yang penting macam paru-paru. Kesannya boleh bawa maut.



Sebelum tu saya tanya suami ada ke sakit kat belah kiri. Dia pun macam pelik. Sebab dia sakit sebelah kanan. Belah kiri macam tak sakit. So, sampai hospital doktor kata yang belah kiri tu diorg nampak kecik sangat retaknya. Nak tak nak x-ray sekali lagi.



Alang-alang free saya suruh doktor x-ray both side kanan dan kiri. Seee memmang doktor salah nampak. Dua-dua belah pun ok. Alhamdulilah. Tak pe lah pergi hospital ke, klinik ke banyak kali. Janji kita tahu apa perkembangan sebenar kesihatan suami.



Now tinggal jaga yang luka tu je la. Bengkak kaki pun dah susut. Dan sampai ke hari ini, saya masih menjadi driver suami. Untung kan dapat bini pandai bawa kereta. Huhuhu...
 

Jan 14, 2011

Inilah Nasib Bersuamikan Mat Rempit

Apakan daya, inilah nasibku berkahwin dengan mat rempit. Bukan rempit biasa. Tapi rempit sejati. Tahukah anda apa maksud mat rempit? Maksudnya apabila penunggang motorsikal yang tiada lesen menunggang.



Oh... Betul puan-puan. Suami saya tiada lesen motor. Makanya selepas kejadian langgar lari, saya telah bertukar menjadi singa betina. Telinga suami lebih sakit mendengar ngauman saya, daripada kakinya yang terpeleot.

Lihatlah dunia. Luka lama berdarah kembali. Kan ku balut lukamu sayang. Luka dilukai.



Alkisah langgar lari tersebut. Yang melanggar suami saya ialah India. Saya bukan nak salahkan bangsa. Tapi pokok pangkal tanggungjawab anda sebagai pemandu. Siapa pun anda, sila bertanggungjawab jika berlaku apa-apa di jalan raya akibat dari pemanduan anda.




Kalau lah manusia yang dilanggar itu pengsan atau lebih tragis lagi mati. Tak takut ke hantu mangsa tersebut mengganggu anda. Ye, kami fikir mungkin anda ingat kami nak minta ganti rugi atau bil perubatan. Itukan belakang cerita. Yang penting kan tanggungjawab....