Persiapan raya tahun ni saya terlebih sudah. Hahaha. Tak lah. Maksud nya persiapan raya saya tahun ni terlebih exited. Kenapa? Tahun dulu tak exited ke? Mahu tak exited. Tahun ni beraya ada anak kecik dah pandai jalan terkedek-kedek macam itik. Mak nya yang pulak yang melebih-lebih.
Masa first kawen dulu belum ada anak beraya. Bajuu raya pun tak buat tau. Kami beraya pakai baju nikah. Kira bau pengantin ada lagi. Inai penuh lagi. Hahaha. Siapa suruh nikah dekat nak puasa.
Then tahun lepas tengah tunggu hari nak bersalin. Baju raya apa aku nak pakai. Kalau beli baju mengandung baru pun pakainya 2, 3 kali jek. Tapi raya punya pasal beli jugak satu. Saya minta suami belikan jubah. Tu pun saiz 42 tak silap. Sendat gila. Hahahaha. Seksi kau...
Tahun ni... Ni yang nak cerita ni. Seronok. Baju Rayyan Adam je entah dah berapa pasang. T-shirt, jeans, rompers, baju melayu bla bla bla... Tu tak campur yang orang kasi lagi. Rayyan Adam ni murah rezeki. Ada je habuan dari makcik dan sepupu nya tiap kali jumpa. Ni belum masuk kasut lagi. Maklumlah. Orang dah dapat kaki. Nanti nak beli dengan ayahnya sekali. Konon ayahnya nak sama dengan anak dia pakai.
Tu belum campur baju raya saya. Hahahaha. Gila tamak. Rasanya dah ada 3 pasang yang memang akan dipakai untuk raya ni. Baru 3 tau. Suami je baru beli baju melayu. Baju melayu suami sama dengan Rayyan Adam punya. Katanya anak ayah kan. Saya punya tak boleh la nak sama. Color je yang boleh di match kan. Suami nanti-nanti baru nak beli jeans dengan T-shirt.
Kuih raya pulak tahun ni baru lah beriya beli banyak. Memborong. Kalau ada yang tak tahu, saya baru tahun ni beraya menjadi tuan rumah sendiri. Tahun dulu kami tinggal di rumah mertua sehingga adik suami kahwin. So, bila tanggungjawab suami habis, kami pindah rumah sewa. Bila dah duduk rumah sendiri ni lah kan kita yang akan jadi tuan rumah. Nak menjamu orang. Tu yang dok memborong kuih raya. Buat sendiri? non ado la kan. Suami tak beli kan oven lagi. Huhuhu alasan!
Kuih raya saya beli 2 jenis je. Saya ada jugak order serunding daging 1/2 kg dari Hany. Konon la berangan nak buat popia. Doakan ye saya berjaya. Huhuhu. Then, nak tambah kerepek je order dari abang saya. Hope dia nak sponser. Kakakakaka.... Oh ye. Siapa-siapa nak order kerepek terus dari kilang di Johor boleh saja contect-contect saya.