Hmmm tajuk ni agak kontroversi kan? Ya. Mengapa saya tidak mengenali dia lebih awal lagi. Sekarang dah terlambat kalau nak saya ulangi masa lalu. Saya sudah memiliki yang lain. Hidup saya dah terbentuk dengan apa yang saya ada sekarang ni. Tapi apa yang saya ada? Saya dah ada semuanya sekarang ni. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada dan apa yang saya terima. Masa lalu adalah pengalaman paling berharga yang sepatutnya saya tidak sesali. Semakin tertanya-tanya anda semua. Huhuhu. Ya. Saya nak ceritakan segala kebenaran di sini. Kebenarannya ialah pengalaman hidup masa lampau saya. Saya berpengalaman menjalani Latihan Industri sebanyak 2 kali. Dan kedua-dua pengalaman itu adalah sama kerana:
1. TIADA ELAUN --> Saya bertarung hidup dalam keadaan yang tiada punca pendapatan, punca kewangan selain daripada punca dari mak saya iaitu = ibu tunggal dan juga husband yang dahulunya ialah = tunang. Anda bayangkan tiada sesen pun daripada syarikat tempat saya bekerja memberi upah atau gaji atau imbuhan atau yang sama erti dengannya.
2. TIADA PENGANGKUTAN --> Ya. Namun begitu saya ada sebuah motosikal yang mana seorang ibu tunggal telah bermurah hati bersengkang mata membelikan anak gadis nya (dahulu adalah gadis) merempit mengejar mimpi di tempat beliau menjalani Latihan Industri tersebut. Jadi, persoalan saya, apakah relevennya kita menyediakan pengangkutan kepada pelajar Latihan Industri beserta kos minyak yang mana dalam masa yang sama mereka menerima imbuhan yang agak besar berbanding yang tidak terima apa-apa seperti yang saya perkatakan di atas.
3. TIADA TEMPAT BERTEDUH --> Mesti anda turut mengasihani diri saya kerana kehidupan saya seperti hmmm merempat. Eh merempat ke. Entahlah. Yang penting memang saya bersama tunang tercinta (dahulu) bersengkang mata mencari tempat berteduh untuk kehidupan kami berdua. Eh bukan kami lagi pada masa itu. Hanya saya seorang. Dengan tidak berbekalkan apa-apa sumber kewangan selain dari apa yang saya perkatakan dia atas, saya terpaksa membayar sewa perumahan sebanyak RM150 sebulan secara purata selama tempoh kedua-dua Latihan Industri saya pada masa itu. Ini semua adalah kerana mahu mengejar cita-cita yang diidamkan selama ini. (Ada cita-cita ke? Ada. Nak jadi cikgu Sejarah). Jadi, anda yang mempunyai elaun sara diri masih lagi boleh bersyukur jika anda tiada tempat berteduh seperti saya kerana anda mampu untuk membayar sewa perumahan dalam anggaran yang saya sebutkan di atas.
4. TIADA IMBUHAN + TIADA FAEDAH + TIADA APA-APA --> Jika perkara-perkara di atas sudah saya tidak memilikinya, secara keseluruhannya memang saya tidak mempunyai apa-apa. Huhuhu. Keadaan ini termasuklah kemudahan di kediaman seperti tilam, bantal, periuk belanga, pingggan mangkuk hayun, sabun cuci jamban dan sebagainya. Jadi sedarlah wahai sekalian anak bangsa, anda patut bersyukur yang kerja-kerja anda dibayar dan disara dan tidak perlulah anda merungut dengan ketiadaan perkara-perkara di atas.
Kesimpulannya, saya telah bersyukur dengan apa yang saya ada pada masa itu. Walaupun bohong saya katakan yang saya tidak pernah merungut dengan keadaan saya ketika itu. Namun begitu saya berbangga saya telah mendapat segulung ijazah hasil dari titik peluh saya termasuk merentangi laluan Latihan Industri yang maha hebat ketika itu.