LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Feb 25, 2009

Insan Bernama Suami

Hmmm... Dah namanya isteri orang kan, mesti la nak cerita pasal keluarga je... Hahahaha... Tapi ni aku nak tulis pasal insan bernama suami. So kalau nak cerita pasal anak, kena tunggu la beberapa bulan lagi yek walau pun sebenarnya boleh je nak cerita sebab benih nya dah ada dalam perut ni.


Suami dengan kekasih ni amat-amatlah berbeza. Kalau dulu masa bercintan-cintun boleh dengan sesuka hatinya nak merajuk. Bak kata orang dunia ini ana yang punya. Kalau dah marah pun tak pe sebab kejap lagi kekasih hati or lebih terkenal lagi ialah boyfriend kita ni boleh pujuk rayu. Conform la punya mana-mana pasangan yang bercinta, mesti perempuan punya yang menang. Tapi tak semua lah....


Kehidupan bersuami ni aku dah mula rasakan perbezaan yang amat sangat. Bila meninggi suara sikit je aku dah mula rasa berdosa. Ya Allah aku akan mula istifar banyak-banyak bila aku nak marah suami aku. Merajuk pun merajuk jugak. Tapi aku fikir untuk jangka masa panjang. Satu contoh lah yang aku boleh bagi, situasi aku sekarang ni ialah wanita hamil. So, kata la kita dok menengking je suami kita dan ikut kan perasaan sangat. Ye lah ibu mengandung la katakan. Orang kata apa? Pembawa budak. Ye la tu. Selalu aku ingat kan diri aku jangan ikut kan perasaan sangat. Nanti nak bersalin kena minta maaf dengan suami kita. Biar suami kita redha tiap kelakuan kita. Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Minta halal makan minum. Katalah suami kita tak maaf kan? Tak redha kelakuan kita? Tak halalkan makan minum? Nauzubillah.!!! Minta dijauhkan aku dari perkara-perkara tersebut. Kesannya masa sakit azab nak melahirkan anak nanti. Tak tahu la. Tapi itu orang kata.


Jadi, aku harap perasaan hormat pada suami ni biarlah sentiasa segar dan berpanjangan hingga hujung nyawa aku. Walau pun bukan dalam keadaan hamil ke, nak beranak ke, tapi setiap masa. Marah pun marah gak. Ye la, aku ni bukannya sempurna sangat nak jadi isteri yang baik. Syaitan sentiasa je duduk sebelah telinga kita menghasut anak Adam bertelagah. Tapi sentiasa beringat yang insan bernama suami ni yang akan membawa dosa pahala kita ke akhirat. Selagi dia tak melampaui batas, aku wajib mentaati perintah suamiku....

Feb 24, 2009

...aSFaLiza...

Aku ASFALIZA...

ASFA=yang suci, LIZA=sampai sekarang aku tak tahu makna dia (so siapa-siapa yang tahu mungkin boleh syer)

Dari sekolah lagi orang suka panggil aku ASPALELA. Cikgu, kawan-kawan dok ejek panggil Aspalela. Sambung pulak kat universiti. Dan sekarang ni kat office pun ada gak yang menggatal panggil Aspalela. Tapi aku tak kisah dan tak marah pun. Asal kan diorang tak ejek yang bukan-bukan dah la. Mak kata dulu-dulu ada seorang penyanyi popular. Aspalela Abdullah. Kenal? Suara dia bukan main sedap lagi. Tu yang mak nama kan aku Asfaliza. Patut pun aku suka menyanyi. Siapa yang rapat dengan aku memang sakit je telinga dok dengar aku menyanyi. Ok la tu. Sedap apa. Kira canggih sikit. Hahahaha. Siapa lagi nak puji nama sendiri sedap. Tapi ada jugak orang yang puji nama aku ni tau.

Sebenarnya ini pertama kalinya aku cuba berjinak-jinak nak tulis blog. Rasanya dah tiba masa kot nak menulis. Sebelum ni aku dah janji pada diri aku sendiri yang kalau aku dah ada rezeki nak menambahkan ahli keluarga, aku akan mula menulis. Alhamdulilah, waktu aku menulis ni dah masuk 7 minggu usia kandungan dalam perut ni. Semoga aku dan hamba Allah yang bakal menjenguk dunia ini sihat dan tiada rintangan sepanjang proses pembesaran dalam satu tubuh ini berlaku.

Jadi, aku akan cuba gagahkan diri aku melatih anakku bersama-sama mewarnai dunia penulisan ini. Hahahaha. Tak dapat jadi novelis pun tak pe lah. Janji menulis jugak....