LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jun 30, 2011

Kecewa Lagi Nak Masuk Rumah

Semalam try call lagi pemaju. Seperti diduga


Maaf puan. Kita tak dapat CF lagi. Tapi kita akan usahakan sebelum puasa


Kecewa lagi. Kata hari tu bulan 3. Lepas tu bulan 6. Ni janji sebelum puasa pulak. Puasa tu bulan 8 tau. Esok dah bulan 7. Sempat ke nak kasik sebelum puasa. Hadoi!!!!


Nasib baik tak beriya nak pindah sebelum raya.


Tengok kawan-kawan yang beli kendian dari kita dah masuk dah pun. Mahu tak sentap. Tengok orang bersiap-siap pindah rumah. Penat pun tak pe. Janji rumah sendiri. Puas!!!


So, siapa nak datang beraya rumah, datang rumah sewa ni je la yek.


Layannnnn...

Jun 28, 2011

Sos Keropok Lekor




Mamat sorang ni dah start pandai makan cecah sos keropok lekor. Gamaknya, hari tu saya pesan kat Cik Hijau sebotol sebab dia balik Terengganu. Syok pulak dia makan cecah dengan sos tu. Dah tu dah la kan. Dia cecah, then nyonyot. Cecah, nyonyot. Tak gigit pun keropoknya. Eh tapi saya tak bagi makan banyak-banyak. Lepas 4-5 kali cecah nyonyot, terus sorok kan. Kat sos tu kan ada cuka. Takut la wei perut anak muda lagi.

Jun 27, 2011

Muntah


Malam tadi Rayyan Adam main bukan main lasak. Main humban-humban kan badan kat tilam. Ayah nya yang melayan. Sebelum tu main naik kuda. Ayah jadi kuda. Lasak ok malam tadi.



Lepas main naik kuda tu, saya bagi minum air masak. Tahu dah mesti haus. Tapi ni dah time nak tidur. Kalau time nak tidur kena kasik susu sebotol. Nanti terkenyang-kenyang kang perut nya. Habis nak buat macam mana. Budak dah haus. Tak kasik kesian.



Ok, ni dah memang time tidur. 12.30 malam ok. Esok mak bapak nak keje. Basuh kan muka. Basuh kan kaki. Masuk bilik. Tutup lampu. Kasik susu. Mula-mula dah terdengar macam dia nak termuntah. Suluh pakai hp. Tak muntah.



Then dengar sekali lagi. Sah!!! Muntah. Nasib baik ayah dia yang tengah peluk. Hahahha!!! Ok tak kelakar pun. 



Sejak lahir, Rayyan Adam boleh dikira muntah berapa kali. 10 jari ni pun tak habis kira. Alhamdulilah. Malam tadi muntah. Mak aiiii. Bukan main masam. So, suami pergi bersihkan anak. Saya bersihkan tempat tidur yang dah hampir masam.



Suami cakap, hish kalau orang lain ayah tak buat ni. Ek ele. Memang lah. Dah ni anak kau kan. Hahahahha.




Tapi tu lah. Bak saya kata tadi. Rayyan Adam bukan jenis bayi yang muntah. Sejak lahir hingga kini setahun 9 bulan, alhamdulilah dia kurang mengalami symptom ni. Boleh dikira dengan bilangan jari 10 ni berapa kerap dia muntah. So, tak de lah saya rimas dengan masalah yang macam ni. Syukur atas nikmat ni. 




Harap-harap adik Rayyan Adam pun mudah macam ni. Amin

Sukaneka Taska


Oh ini bukan sukaneka taska anak saya ye. Harap maklum.




Hari Sabtu lepas menggagahkan diri bersosial di depan rumah sendiri. Hehehhe. Actly, rumah sewa kitorg ni memang betul-betul dekat dengan padang. Padang ni pulak memang ramai orang buat aktiviti. Setakat saya duduk ni, macam-macam game persahabatan main kat sini. Dan yang paling best, kalau kitorg nak main badminton, tak payah nak sewa mana-mana court. Kat sini main free jek. Lagi pun kejiranan kat sini pun best.




So, hari Jumaat tu tengok-tengok ada beberapa khemah naik. Suami usha. Katanya ada sukaneka. Then, hari Sabtu, saya gagahkan diri bangun pagi. Suami pun dah pergi kerja. Kejut si kecik. Ajak mandi. Sarapan dengan mak kat warung malas nak masak. Jalan kaki je sebab warung tu pun dekat simpang tepi rumah je. Terus lah bercanda layan anak kecik tengok budak-budak taska beraksi.




Kitorg pergi dalam pukul 9.30. Balik dalam pukul 12. Tak tengok sampai habis pun sebab kesian si kecik dah mula menguap-nguap. Lagi pun dah panas. Balik rumah terus tido masing-masing. Saya bangun dalam pukul 2 tu acara masih lagi tak habis.




Masa ni diorg tengah senam robik. Hehehehe. Kelakar






Masa ni pulak, setiap taska kena buat persembahan masing-masing. Kelakar jugak. Semua sekali ada 5 buah taska. Ni yang saya kira la. Macam-macam game ada. Ada tu, acara untuk 2-3 tahun. Serius masa ni tak terfikir game apa yang budak sekecik ni boleh main kan. Rupanya, acara mencari ibu atau ayah. Hahahaha. Kompom lah boleh kan.





And presenting student from taska nenek. Taska ni terima sorang je ye student. No more. So, semua persembahan dia buat sorang. Terer budak ni. Hehehehe

Tahniah Sepah


Pagi-pagi Isnin nak ucap tahniah kat Sepah. Huhuhu!! Mantop!!! Vangga i jadik orang Johor. Hahahha. Tetiba ek. Kang marah pulak orang negeri lain.



Ala gurau je kok. Mana-mana negerii pun sama kan?



Ok dah. Nak sambung gelak lagi. Haaa semput lagi....

Jun 24, 2011

Pasal Baju Raya

Wohaaa!!! Puasa tak masuk lagi dah sibuk bercerita pasal baju raya ye. Habis sana sini orang sibuk bercerita. Saya pun nak jugak join share apa cerita saya ada.




Ikutkan hati mak bapak macam dah tak kisah nak pakai apa kan raya ni. I mean, kalau cari last minit pun tak de masalah. Now, kita dah ada anak. Exited nya memang terlebih sudah. Bab nak hias kan anak, siapa yang tak teruja.




Tahun ni, suami decide tak nak baju melayu. Sebab nya memang konsep dia pakai baju melayu baru di pagi raya ialah 2 tahun sekali. Eh tapi anak saya lelaki. Tak best la kalau tak pakai sama dengan ayah dia. Macam mana ni? Takkan nak pakai baju tahun lepas jugak. Hish... Kecian tau.




Kalau anak perempuan, boleh lagi saya sedia kan baju kurung baru sama dengan saya. Huhuhuhu. Next time ok.




Saya pun berfikir-fikir apa yang mahu dibuat untuk nampak kan anak dan bapak sedondon. So, ingat nak cari kain yang sama color dengan apa baju melayu yang suami saya ada. Cari 2 meter. Cukup lah hantar kat tailor. Eh tailor tu sape lagi kalau bukan Kak Ana. Hahahaha. Free sudey.




Now ada 2 color yang jadi pilihan sebab suami ada 2 baju melayu yang nampak baru lagi. 1 baju hantaran masa tunang dan 1 baju hantaran masa kawen. Jimat-jimat...



So, kena cari kain antara salah satu color tu untuk match dengan baju suami. Bijak tak? Harap-harap la dapat yek. Dan color tu akan saya match kan pulak dengan kain baju kurung saya pulak. Ala, baju orang perempuan senang je nak cari color. Dapat tempias sikit-sikit jadi lah.




Dan awal bulan ni dah start pencarian jeans untuk si bujang itu jugak. Now memang target jeans dulu. Sebab? Walawei!!! Jeans budak lelaki mahal-mahal nok. Selai paling murah 35 hengget. Lepas tu bukannya senang nak cari material yang lembut-lembut. Banyak jeans adalah keras.





Lepas tu baru la sibuk cari baju mak bapak ye. Apa-apa hal pun anak dulu. Kasi anak beraya sakan. Time kita dah lepas. Anak mesti lebih exited kalau dia dah mula mengenali apa erti raya.




Uwaaaa!!!! Nak balik kampung!!!!!

Jun 23, 2011

SamsungGalaxyS2




Lawo u alllsss. Cantik u alllsss. Canggih u alllsss. Best u allllssss. Jom tengok SamsungGalaxyS2 ni

Pomen

Budak sorang ni memang kegemaran dia jadi pomen. Habis tunggang langgang kenderaan yang dia ada dikerjakannya. Tak tahu apa akal dia masa tengah buat kerja ni. Lepas tu tahu pulak. Kita pegang kamera, cepat je dia bertindak senyummmmm. Bijak kan? Ok, sambung lah kerja tu. Mama tak nak kacau. Nanti besar, belikan mama kete mahal eh. Hehehe.

NomNomNom




Sedapnya makan kek u alllssss. Siapa nak? Jom tengok kat sini apa yang ada





Jun 22, 2011

Haaaaaaaaaaaaaaaaa... Semput Lagi....



Serius video ni sangat la bagi terapi minda kat saya. Lain-lain pun lawak jugak. Tapi tang dia tiru ustazah Norbahyah memang tak boleh belah. Pasal nya saya boleh dikatakan tiap-tiap minggu tengok Semanis Kurma. Hadoi la!!!





Haaaaaaaaaaaaaaa... Semput Lagi....

Pecah Jugak





Budak kecik ni sekarang dah semakin mengganas ok. Ni puting kopek pun dah pecah. Patut lah tengok apa pasal la color puting ni keruh. Rupa dah pecah. Habis semua pun digigitnya. Tengah sedap mengonyel. Ni dah tukar yang lain dah. Kang tak bagi, susah tidur pulak. 




Ikut keluarga saya memang tak pakai benda alah ni. Tapi memandangkan suami ada kuasa veto, dan keluarga dia keseluruhannya menghisap benda alah ni, saya adalah kalah. Kalau puan-puan perasan, mulut si kecik ni adalah sama dengan mulut bapak dia. Semua ni dek kerana tabiat hisap puting. Semua pun dah jadi mulut itik.




Kakak-kakak ipar saya cerita kan... Dulu masa suami saya kecik-kecik ada banyakkkkkk puting kopek ni. Banyakkkk ok!!! Arwah mak mertua siap buat rantai. Bergantung-gantung kat leher. Suami saya pilih je nak hisap yang mana. Lepas tu, siap buat gosok-gosok kat mata la, gosok kat hidung la. Ha pilih je nak yang mana. Kata ada banyakkkkk.





Eeeeee geli ok!!!! Serius geli aku mendengar nya. Huhuhuhu!!! Bila lagi nak kutuk tebiat buruk laki aku ni. Entah apa-apa perangai. Puting pun boleh kasi stim. Dah tu, tahu pulak malu kakak dia bercerita. Siap kata diorg tipu. Hahahahha!!!




Sayang anak mama.... Yang baru ni jangan gigit kuat-kuat eh. Mahal sayang. 2 bijik dah 30 hengget. Bukan boleh beli satu-satu pun. Nanti mama tak bagi lagi baru tahu. Tapi nanti ayah pulak marah mama. Cian kat mama tau. Jangan ganas-ganas ok. Kang bagi puting ayah kang. Biar ayah rasa macam mana puting pecah. Hahahahhaha!!!

Kuku Kaki Ku Kekal Menawan




Mahu kan kaki yang cantik? Mahukan kuku kaki yang menawan? Mahu kan segala-gala tentang kaki anda agar kelihatan sempurna? Mari kita lihat. Apa yang ada di sini

*
*
*
*
*
*
*
*
*
 

Jun 21, 2011

Cermin Pecah


Cermin sliding rak tv sudah pecah. Tak pe nak... Mak tak marah nak... Main lah nak main apa. Janji anak mak ni selamat. Ni ayat konon-konon je. Sobsobsob. 









Abang!!! Ganti eh!!!

Jun 20, 2011

Air Panas Gadek

Malam minggu lepas suami ajak pergi mandi kolam air panas kat Gadek. Tempat ni letaknya kat area Alor Gajah ye. Tiket dewasa RM4 seorang. Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun RM2. Kanak-kanak bawah 6 tahun free jek.




Suami ajak pergi daripada hari tu lagi. Tapi saya macam malas. Ni dia dah ajak untuk kali kedua, so tak boleh tolak. Ini tips ye puan-puan. Kalau suami ajak anda pergi jalan-jalan or makan angin or beriadah sila jangan tolak. Kalau tak nanti suami bosan nak ajak lagi sebab akan anggap isterinya tak nak pergi.




Nanti-nanti jangan ingat suami yang tak ajak jalan. Pada hal dari awal lagi suami ajak kau yang tak nak pergi. Ni kalau saya lah. Kalau orang lain tak tahu pulak.







First time saya pergi dulu pun dengan suami dan adik dia. Masa tu belum mengandung lagi. Ni kira-kira 2 tahun lepas la. So, pergi yang kali ni, banyak benda dah di renovate.




Kitorg gerak dari rumah dalam pukul 11 lebih. Then balik dalam pukul 2 pagi. Lebih kurang 2 jam lah berendam kat kolam air panas tu.




Kolam air panas ni mak datuk dia punya panas. Untuk mencecah kaki pada kali pertama, memang panas yang amat. Tapi bukan panas yang melecur tu. Tapi panas la. Kat sini ada beberapa kolam. Dan setiap kolam ada suhu-suhu tertentu. Yang bab suhu ni saya tak tahu.




Tapi kitorg cari yang suhu Rayyan Adam mampu untuk cecah kaki dia. Cerita pasal budak kecik ni??? Mula-mula takut. Tapi lama-lama mak bapak dia tak mampu nak kawal dah.




Kejap-kejap, kira dua dua dua (satu dua tiga) lompat dalam kolam. Ni dia lompat kitorg pegang lah. Kalau dia lompat tanpa kitorg pegang mahu tenggelam budak kecik ni. Ceh, konon lah kan orang pandang hebat nau budak kecik ni. Huhuhu. Ye la. Cer anda bayang kan. Kan ni kolam air panas. Kira takjub la budak kecik ni mampu menampung berendam kat kolam air panas.




Dan situasi ni asik lah berulang sampai si kecik ni penat nak tidur.








Biasanya orang yang datang ni orang yang berpenyakit ye. Contohnya macam sakit kulit or angin ahmar. Macam mak kan ada luka yang oprate hari tu. Ha elok lah kalau nak berendam kaki yang luka tu.




Dan kebetulan ada lah sorang lelaki ni datang untuk bawa bapak dia kot berendam. Bapak dia ni dah uzur tau. Siap berdukung lagi. Sangat terharu bila melihat anak yang sudi menjaga orang tua dia. Masa ni memang si anak memberi sepenuh tumpuan merendam dan menjirus-jirus badan bapak dia. Alhamdulilah.








Pesanan penaja : jemputlah datang ke sini. Kolam dia memang sangat puas hati lah. Sebab nya, kata nak air panas kan. So, tahap air panas dia ni memang boleh kasi telur tu sampai masak. Memang best. Masuk pun bukannya mahal pun. 4 hengget. Tapi kalau pergi malam minggu memang ramai orang. Macam hari tu kitorg pergi pun ramai orang. So, kena pandai-pandai cari port nak berendam. Nak berenang pun boleh ok. Ada je yang berenang.

Jun 17, 2011

This Is For You Abang - Selamat Hari Bapa


Selamat Hari Bapa abang...


Terima kasih kerana sudi menjaga anak kita di kala sayang tiada di sisi.

Terima kasih kerana mampu menjadi ayah yang baik pada Rayyan Adam

Terima kasih kerana tidak pernah pun walau sekali abang menjentik Rayyan Adam

Terima kasih kerana tiap-tiap bulan abang beli kan pampers dan susu untuk Rayyan Adam

Terima kasih kerana abang tidak pernah merungut sejak menjadi seorang ayah.

Terima kasih kerana sudi menjadi ayah kepada anak sayang.

Semoga kasih sayang kita sekeluarga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.


Amin.



Sekian Terima Kasih

Bidadari Syurga

Sejak terbaca entry tentang bidadari syurga di sini, saya rasa tercabar dengan diri sendiri.




Sedangkan di dunia pun sebagai perempuan kita akan cemburu bila mana tahu suami kita ada pasangan lain. Apatah lagi di sana. Bidadari syurga menanti suami kita andai kita tidak berusaha di dunia menemui cinta kita.




Ya Allah Ya Tuhan ku. Perkenankan lah doa ku ini. Kau temukan lah aku dengan suami ku di syurga kelak. Sesunguhnya aku tak layak untuk syurga Mu. Tetapi aku ingin sekali berjumpa dengan cinta hati ku. Aku ingin bersama dengan suami ku.




Sesungguhnya pasti aku akan mencemburui suami ku didampingi bidadari syurga Ya Allah. Biarlah aku yang menjadi bidadari nya di sana.



Amin

Jun 16, 2011

Bapa Acu Pistol Marah Cikgu Denda Anak


KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.


Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu.


Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.


Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.


Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.





Dulu masa saya sekolah, kalau ada Hari Terbuka, satu je ayat arwah abah yang wajib dia cakap kat cikgu kelas,



Kalau anak saya jahat, belasah je cikgu. Tak pe. Saya bagi.



Hmmm... Dan nanti kalau anak saya dah mula bersekolah, saya tak tahu apa tindakan yang perlu dibuat andai ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.



Dan juga saya tidak tahu apa pendekatan yang sesuai. Adakah saya akan mempertahankan anak saya jika benar anak saya tidak bersalah, tetapi cikgu berlaku tidak adil.



Atau, saya hanya membiarkan urusan sekolah dilaksana oleh cikgu semata-mata seperti apa yang arwah abah buat pada semua anaknya. Malah, kalau memang benar anak abah tidak bersalah, abah tetap kata anak nya salah dan jadikan ini sebagai pengajaran.



Ye. Pada saya, semua itu masih kabur. Saya tidak tahu.  

Selamat Tinggal Selulit



 Anda ada masalah kulit seperti kulit oren yang mengecut gamaknya? Huhuhu. Bukan sahaja anda. Tetapi saya juga bermasalah seperti anda. Jadi. Apa tunggu lagi. Masih ada jalan penyelesaiannya. Mari kita lihat apa yang ada?????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Jun 15, 2011

Faktor Kerjaya Menjadi Kekangan


Pengalaman saya melihat ramai kawan-kawan berjaya melebihi jangkaan saya ketika zaman kanak-kanak dulu. Sedikit bangga bila dengar ada kawan-kawan yang bergelar cikgu, doktor malahan ustaz pun ada.



Tak kurang juga ada yang hanya bekerja kampung. Semuanya masing-masing punya rezeki. Bukan ke semua itu urusan Tuhan.



Masa berlalu terlalu cepat, hingga segalanya berubah sekelip mata. Zaman kanak-kanak, zaman comot, berlari bermain remprit one to jaga. Main kejar-kejar. Sambil nyanyi nenek-nenek si bongkok tiga. Bukankah semua itu kenangan yang indah. Semuanya segar.



Sekarang, pada kita yang hanya biasa-biasa ni, rasanya mungkin gurauan di zaman kanak-kanak dan remaja itu tidak berubah. Tapi itu lah. Dek kerana faktor kerjaya. Segala bentuk imej perlu dijaga.


Walhal, sebelum berjaya dalam meniti alam dewasa, mereka masih seperti biasa. Masih seperti dulu. Tiada apa yang perlu diubah.


Imej perlu dijaga. Ayat-ayat berbaur gurauan dari seorang rakan yang biasa-biasa ini perlu ditapis. Mungkin faktor sebenar kerana kerjaya. Tidak mahu orang mengenali siapa dia dahulu.


Dan kerana itu, saya antara yang berjauh hati dengan rakan-rakan seperti ini. Apalah guna accept di fb atau di blog atau di mana-mana laman sosial andai kenangan yang seperti dulu mahu dilupakan terus.



Percaya lah. Saya masih seperti dulu. Juga masih comot. Juga masih tidak cantik. Juga masih hitam seperti berjemur di tengah terik mentari. Hati saya, perasaan saya, naluri saya, masih seperti dalam kenangan itu.

60


Untuk rekod 15 Jun 2011 berat badan saya bersamaan 60kg. 

60 kg adalah berat badan saya ketika mengandungkan Rayyan Adam 40 minggu.

Selepas sebulan saya bersalin berat badan saya ialah 48kg.

Semuanya salah ubat perancang yang saya amik. Saya sedih berkeadaan begini.

Selera saya umpama sedang membela hantu gamaknya.

Saya takut.... 

Hahahaha!!!! Walawei. Dah gemuk dah wei aku ni. Hmmm.. Bila nak start diet ni. 

Ok tak pe. Puasa tak lama lagi. Harap-harap puasa sebulan ni saya berjaya menurunkan sebanyak 10kg. Hahahaha!!! Gelak lagi.

Bagaimana Scott's Membantu Anda


Tajuk bukan main ikut dialog kat iklan.


Ok tukar.


Bagaimana scott's membantu saya?


Banyak....


Serius. Apasalah tak dari awal lagi Rayyan Adam mencecah umur setahun saya tak bagi dia. Ni baru je beberapa bulan lepas saya try.


Takjub. Kadar kekurangan demam dan selsema terhadap Rayyan Adam mula berkurang.


Scott's benar-benar membantu saya.


Saya bagi anak saya perisa oren. Dan saya beli botol yang kecik setiap kali.  Harga baru je RM6++. Motif? Supaya cepat habis. Sedap sikit mata memandang.


Buat masa sekarang, memadai saya kasi 1 sudu besar sekali setiap hari.


Dan yang paling menggembirakan, Rayyan Adam suka sangat dengan Scott's. Alhamdulilah



Pengalaman Lambat Sampai Di LCCT

Hari tu kan decide pergi Kelantan sebab Suzie kawen naik flite Aia Asia. Ramai kawan-kawan dah pesan, mesti sampai LCCT 2 jam awal sebelum bertolak. Sebelum ni pun saya jenis makan ajar jugak. Tak de nya lewat sampai LCCT tu. 2 jam awal dah sampai dah.



Tapi masa pergi Kelantan hari tu, saya kan pergi sorang. So, kalau nak berlengah pun tak pe. Sebab saya sorang je.



Masa tu, abang ipar saya aka abang suami yang tolong hantar ke LCCT. Mula-mula ingat nak parking je kat airport tu. Ye lah. Pergi nya pun sehari je. Tapi ura-ura dengar parking kat air port mahal. Terus tak jadi.



Minta tolong lah abang ipar ni. Rumah dia kat Bangi. Actly, flite saya masa tu pukul 3.50 petang. So, saya gerak dari Melaka pukul 12 tengah hari. Dan-dan lah sampai Bangi pukul 1 lebih kan. 



Sampai sana, biras saya pulak ajak makan. Nakk tolak, orang dah beriya memasak. Makan lah dulu. Tup tap tup tap dah pukul 2. Dalam 2.30 baru gerak dari Bangi ke LCCT.



Saya maintain lagi ok masa ni. Sampai airport pukul 3 petang macam tu. Ni nak naik flite pukul 3.50 ni.



First terus pergi kiosk. Try lah nak print boarding pass. Huhuhu. Dah tahu dah mesti reject punya kan.



Berlari pulak ke kaunter. Mak aiiii. Ramai nau orang. Tegar jugak la ni beratur. Ni dah 15 minit berlalu. Buang masa dah semata-mata nak print boarding pass.



Tup-tup dengar announcement, PENERBANGAN KE KOTA BARU MENAIKI PESAWAT bla bla bla diminta ke kaunter bla bla bla. 



Sah!!! Dah lambat. Terus lah berlari ke kaunter yang dimaksudkan.



Sedang elok nak ke kaunter tu. Ada sorang pakcik ni berseloroh. Patut lah macam muka mek Kelate. Saya pun jawab, eh saya bukan orang Kelantan lah!!!



Dah setel pasal boarding pass, ingat kan dah tak payah terkejar-kejar. Huhuhu. Tengok-tengok kat tempat menunggu tu, macam dah tak ramai orang. Cuak lagi.



Then, steward melambai-lambai. Bila dah sampai kat dia, dia pun roger lah kot kat steward lain. Ada pulak yang sorang ni melambai-lambai saya. Serius. Masa ni saya lari!!!! Lari yang betul-betul punya lari.



Naik lah kapal. Naik kapal ni, semua orang dah duduk ni. Saya pulak termengah-mengah. Ye lah. Cuma beg sandang sebijik tu je. Berat jugak woo. Pasal kat dalam beg ada hadiah pengantin.



Masa nak cari tempat duduk, sorang lagi steward menegur, cik nak cari mana? Saya pun jawab, bla bla bla. 



Terus dia amik beg saya. Then bawak ke tempat duduk. Hensem wooo yang ni. Cair nok. Hahahaha.



Lepas saya duduk, tak lama ada jek yang lain lambat lagi. Masa ni dah lupa nak tengok jam dah pukul berapa. 



Terfikir jugak lah. Agaknya flite ni yang cepat kot. Huhuhu.



Dan pada saya, ini adalah sebagai pengajaran sampai bila-bila. Nasib baik saya sorang. Buat nya mak ikut. Tak ke kesian kat orang tua tu nak berlari dengan kaki yang tak berapa sihat. Dah tu, kalau Rayyan Adam pun ada sekali. Mahu tak mengah mendukung dia sambil berlari. Ada yang aku bergaduh laki bini dalam flite.



Kot ye pun nak ringkas sangat macam mana plan perjalanan saya hari tu, sekali nasib baik tak tertinggal flite. Kalau tak, mahu aku patah balik ke Melaka. Non ado aku nak beli tiket lain. Mesti mahal punya.



Rasional nya. Rancang lah perjalanan anda ye. 

Jun 14, 2011

Sung-bong Choi - Tentang Sebuah Kehidupan



Disebabkan saya tengok video dia ni tadi, saya asyik lah terfikir...



Betapa bertuah nya aku punya mak bapak

Betapa bertuahnya aku ada kehidupan yang sempurna

Betapa bertuahnya aku dapat pergi sekolah

Betapa bertuahnya aku tinggal kat rumah yang sempurna

Betapa bertuahnya aku tanpa rasa susah

Betapa aku bertuah lebih daripada dia





Dan disebabkan video dia ni jugak saya terfikir...



Saya tidak mahu takdir anak-anak dan keturunan saya merasa susah untuk mengecapi sebuah kehidupan

Tapi andai itu takdirnya, saya juga tidak mampu melawan kehendak Tuhan

Semoga anak-anak dan semua keturunan saya dipermudahkan kehidupannya dunia akhirat




Tersentap perasaan memikirkan kehidupan seperti dia....

Jajan




First dulu, bila anak dah mula pandai makan macam-macam rasa tak nak ajar makan jajan. Ye lah, sekarang kan macam-macam kandungan jajan ni. Dah tu boleh sebabkan obesiti bagai.





Sebelum ni pun makan jajan or gula-gula kalau ada orang bagi je. Kalau orang bagi kita amik je. Tapi ada certain mak bapak ni direct tau cakap kat orang yang bagi ni, eh aku tak ajar anak aku makan jajan.




Tapi bagi kami suami isteri, kami amik je. Time ni lah anak ada can nak makan jajan. Sebenarnya tak nak kecik kan hati orang yang bagi tu. Orang berbudi kita berbahasa. Ye tak. Orang nak main-main dengan anak kita dah kira untung.




Cumanya, kalau budak ni dah besar, kita kena lah ajar jangan amik jajan daripada orang sebarangan. Itu dah lain cerita pulak kan.




So, berbalik pada cerita. Dulu memang kata tak nak ajar sangat. Tapi bila kita pergi kedai tu kan. Rasa tak sampai hati tak belikan something. Jajan ni sampingan je lah. Biasa nya saya as mother, saya akan beli kan makanan yang berbentuk jajan. Huhuhu. Itu istilah saya lah. Contoh macam roti gardinear yang berapa sen tu. 




Ha yang macam tu kan macam bentuk jajan. Tapi kalau ayah dia. Kompom betul-betul jajan. Ada sekali tu dia beli jajan dalam kotak yang ada mainan tu. Kalau kita dulu TORA la, apa lah. Ni brand apa entah saya pun tak kenal.




Actly, benda ni ikut kan memang lah tak elok untuk kesihatan kanak-kanak. Selagi kita boleh tegah, kita tegah. Di samping kita bagi jugak, kita kena lah terangkan apa keburukan makanan ringan ni kat diorg bila diorg dah faham tentang perkara ni.




Bukan apa. Takut nanti bila budak-budak ni dah sekolah, kat sekolah ada macam-macam jual, terus jadi macam culture shock. Jakun. Terus jadi gian sebab sebelum ni tak pernah jumpa. 




Dikhuatiri.... Sebab saya ada pernah jumpa budak-budak yang macam ni. Mak bapak punya lah tegah tak kasi makan. Bila kita kasi, budak-budak ni jadi jakun yang amat. Maaf cakap lah. Macam gelojoh pun ada.




Nak-nak kalau yang tetiba dapat tawaran masuk universiti or asrama. Time ni kawan-kawan bawak bekalan tu semua. Baik-baik mak bapak ajar makan nasi. Terus tukar menu.




So, ibu-ibu luar sana. Tepuk dada tanya selera. Saya tegah tak, tapi tetap kawal pemakanan si bujang ni. Kalau dah berlebihan sangat, mesti lah kita marah kan.

Siapa Nak Kurus?


Best nya kalau kurus. Serius badan saya sekarang macam di pam-pam. Bukan main boyak lagi. Tengok-tengok Cik Marie ada buat promotion la. Macam murah jek. Nak tengok detail kat sini lorrrr

*
*
*
*
*
*
*