LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

May 29, 2010

Loan Rumah Sudah Lulus

Alhamdulilah...Ya loan rumah saya dah lulus. Khamis petang amik time off 2 jam. Bawa kereta laju-laju. Akhirnya sampai Melaka jugak pukul 5.30. Bank tutup pukul 6.30. Selesai agreement dengan bank. Gila banyak kali ni pinjam bank. Hahaha. Beratus-ratus ribu. Takutnya....



Yang penting saya suka lah orang bank tu. Pasal nya dia kata suami saya hensem. Jujur. Dia kata gambar dalam ic buruk. Tengok live hensem. Kembang jap suami. Hahahaha



Then, semalam pergi ofis pemaju pemaju buka ofis public holiday bayar duit booking 1k. Syukur segalanya berjalan lancar. Lepas ni nak bayar duit SPA pulak 2k. Okey jangan tanya saya SPA tu apa. Gila tak faham bahasa pemaju. Macam-macam benda yang saya tak tahu disebutnya. Kalau SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tu tahu lah. Hmmm ni lebih kurang nak bayar kat Pejabat Tanah lah.



Ni tengah tunggu surat dari lowyer bank dengan pemaju pulak nak sain bagai. Macam bos-bos pulak sain banyak-banyak surat. Hahaha.... Nanti surat-surat tu siap nak keluar kan duit epf laki bini pulak. Nak enjoy katak. Gila ke apa nak buat joli. Okey, nak buat bayar apa yang patut ye tuan-tuan.



Nama pun suami belikan rumah untuk saya. So, rumah nama saya ye. Hehehehe...Perempuan-perempuan kat luar tu tak payah ingat suami saya ada harta ye. Harta ni nama saya. Gila bangga dapat rumah.



 Lepas ni, bang nak satu lagi eh rumah. Boleh?