LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jul 15, 2009

Sakit Belakang

Semalaman saya tidak dapat tidur dengan lena. Baby sudah semakin membesar. Membataskan pergerakan saya semasa tidur. Sakit belakang pun semakin menjadi-jadi. Terasa bisa bila kesakitan itu datang. Saya akui memang semua perempuan mengandung akan mengahadapinya. Tapi ini pengalaman pertama saya yang membuat saya sentiasa menitiskan air mata. Walaupun berjauhan dengan suami, suami tetap memberikan kata-kata semangat. Nasihatnya, selawat banyak-banyak, zikir dan sabar. Banyak pahala yang diperoleh dengan membawa amanah Tuhan ni. Saya tahu. Cuma mungkin tahap kesabaran saya tidak mampu untuk beringat tentang semua perkara itu dalam keadaan yang amat sakit. Suami juga cakap, kalau tak nak makan ubat, tolong lah minum susu. Mungkin tenaga saya sudah kurang bila kesemuanya sudah menyerap dalam tubuh baby. Saya bukan tak nak makan ubat. Saya dah cuba hingga saya menangis depan ubat tu. Tapi saya memang tak tahan bau ubat tersebut. Dan juga bukan saya tak nak minum susu. Saya memang tak minum susu tepung. Saya akan muntah bila minum. Saya ada susu Anmum tu.


Bukan saya tak usaha. Saya dah lakukan yang terbaik untuk saya dan baby. Suami memujuk, kalau tak nak minum untuk sayang, minum untuk abang. Tolong lah, abang betul-betul minta tolong ni. Kalau nak letak ais pun abang benarkan. Janji sayang minum. Saya tekad, hari ni saya akan paksa diri saya minum dalam apa jua keadaan pun. Saya kasihan juga kat suami yang terlalu kerap mendengar rintihan saya ini. Dan dalam masa yang sama pun, suami tidak sihat hari ini. Maaf abang, sayang tiada di sisi abang sekarang. Abang rehat je lah ye kat rumah. Doktor pun dah bagi mc kan. Makan ubat dan tidur. Sayang tak kacau sementara abang rehat. Get well soon sayang.

Jul 14, 2009

Penghargaan




Entry ini saya cipta untuk wujudkan penghargaan kepada Cik Fatiha kerana sudi berpenat payah mengedit gambar-gambar saya yang sudah semakin menggemuk. Terima kasih kepada Cik HR dengan ucapan "pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"

Hari Minggu Untuk Ayah & Anak

Cuti hujung minggu yang saya rasakan sangat pendek. Kenapalah hanya diperuntukkan 2 hari sahaja cuti hujung minggu. Mungkin selepas ini perlu dipertimbangkan cuti hujung minggu bertambah kepada 3-4 hari bagi mereka yang sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata seperti saya. Siapa-siapa yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga tolong titik beratkan permintaan saya ini. Oh, bagi pihak HR pun saya patut mencadangkan cuti tersebut.

Hari Sabtu, suami selamat tiba di rumah penginapan saya. Permintaannya suruh saya masak. Dalam berkira-kira mahu masak apa, saya pun mencadangkan kepada diri sendiri untuk memasak nasi ayam. Suami mendengar perkhabaran nasi ayam tersebut. Nadanya seperti tidak percaya. Saya pun bertanya,

"Abang tak percaya ke sayang pandai masak nasi ayam?"

"Eh, tak lah. Abang tahu la isteri abang pandai masak."

Kejadian tersebut membuatkan saya semakin teruja untuk meneruskan perjalanan masakan tersebut.

Sesampai suami di kediaman saya, saya semakin teruja untuk menghidangkan makanan tersebut kepadanya. Sumpah, saya tidak menipu bahawa suami memuji masakan saya. Maaf kerana tiada bukti menyatakan bahawa nasi ayam itu sungguh sedap di tekak suami. Saya tidak sempat mengambil gambar kerana terlalu sibuk seorangan di dapur menyediakan hidangan tersebut. Sehingga malam menjelma pun, suami kata, sayang tak payah masak lagi la. Kita habiskan je nasi ayam ni. Sedap...

Malam minggu kami habiskan masa berdua di rumah. Ikutkan hati saya memang tidak mahu ke mana-mana kerana saya merasakan rugi jika tiada masa berdua-duaan. Tiba-tiba jam menunjukkan pukul 2 pagi dan suami pun berkata,

“Abang rasa macam nak keluar lah tengok malam minggu kat sini best tak.”

Saya buat muka pelik.

“Abang nak tengok apa pagi-pagi ni. Orang semua dah balik rumah dah.”

Suami pun berfikir sejenak seperti mengiyakan pendapat saya. Jadi, kami hanya teruskan sahaja tontonan tv hingga habis rancangan.

Hari Ahad punya rancangan mahu menonton Transformer II niatnya. Tapi suami seperti tiada mood untuk menunggu waktu masuk hingga 2 jam. Jadi, suami hanya memandu dan terus memandu tanpa arah, tanpa tahu ke mana dengan niat kita jalan-jalan je lah, katanya. Sampai lah, suami kata,

“Kita singgah Jusco Tebrau City nak tak? Kita tengok barang baby. Abang ingat nak cari Storeller.”

Wah, mestilah saya nak. Seronok dengar suami nak belanja barang baby lagi. Hasilnya, dapatlah saya sebuah stroreller yang sangat best sebab nanti saya dah tak penat lagi nak dukung baby kalau jalan-jalan. Ye ye ye.

Tapi sebaliknya berlaku. Keterujaan itu bukanlah berpihak kepada saya. Tetapi keterujaan itu telah berlaku dalam diri suami saya. Saya hanya melihat sahaja dari jauh, dia sangat cerewet, sangat banyak tanya, sangat teliti dalam memilih barangan tersebut. Buktinya, mari kita saksikan kejadian-kejadian berikut yang berlaku di rumah



>

Jul 10, 2009

Suami Yang Dirindui





Setelah 2 minggu tidak berjumpa, hari ini saya sangat teruja untuk menemui suami tercinta saya. Esok suami akan datang menemui saya, beramah mesra, bercumbu rayu, melepaskan rindu dendam kami yang telah lama terpendam. Saat ini saya hanya mengingati dirinya. Saat ini saya tidak mahu yang lain. Saat ini saya hanya dambakan dirinya. Saat ini saya sudah tidak hiraukan sakit-sakit belakang dek tendangan baby. Saya hanya mahu Encik Suami mendampingi saya. Cepatlah hadir wahai hari esok....

Jul 3, 2009

Bayiku

video



Video ni aku terjumpa dalam youtube. Pertama kali menonton sangat tak tertahan air mata ni dari tumpah. Sumpah! Aku sudah mula merasai perasaan seorang ibu. Semakin besar perut ni, semakin dekat aku rasa diriku dan bayi ini. Banyak yang aku lalui bersamanya selama tempoh 26 minggu ini. Waktu ini, tiap detik aku akan teruja setiap pergerakannya yang semakin aktif. Hinggakan suami takut untuk menyaksikan perutku yang bergoyang, berjoget, bergerak dan entah apa lagi yang boleh aku istilahkan. Apa yang boleh aku katakan, aku tak sabar menanti kehadirannya di dunia yang nyata ini. Mencium bayi sendiri aku dapat rasakan yang perasaan itu adalah perasaan yang paling agung yang mungkin akan aku lalui. Terima kasih juga kepada suami yang sabar dengan karenah ku dan bayi sepanjang tempoh kehamilan ini. Walaupun adakala aku memaksa untuk menyentuh perut yang sedang bergerak-gerak tanpa kerelaannya. Hmmm...Ini lah penangan bayiku. Waktu mabuk, waktu pening, waktu loya, waktu letih, waktu sedih...semuanya hanya kerana kamu. Dan perasaan gembira lebih menguasai dari yang lain. Kala ini saat menunggu kelahirannya, sedikit demi sedikit perasaan takut sakit bersalin mula beransur hilang.